Ekso perluas pasaran rangka luar robotik miliknya merentasi Asia

Peneraju industri dalam teknologi rangka luar, Ekso Bionics mengumumkan kerjasama dengan Royal Rehab di Australia, untuk meluaskan penggunaan rangka robotik miliknya merentasi rantau Asia Pasifik.

Royal Rehab berkata, pihaknya telah memainkan peranan sebagai pembekal perkhidmatan sokongan pemulihan dan ketidakupayaan utama Australia dengan mencapai persetujuan bersama-sama Ekso Bionics untuk membawa teknologi rangka luar lanjutan ke Australia.

“Pemerolehan tersebut menandakan permulaan pelan Royal Rehab untuk menjadi sebuah pusat kecemerlangan dalam pemulihan yang dipacu teknologi melalui pemerolehan teknologi bantuan,” katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Royal Rehab, Matt Mackay menyatakan bahawa kemajuan teknologi sedang memacu hasil yang lebih baik dan lebih pantas untuk pesakit yang mengalami keadaan dan kecederaan yang boleh mengubah hidup, namun sehingga kini pilihan ini masih belum tersedia di Australia.

“Mereka yang dirawat untuk keadaan neurologi di luar negara akan sering kali mempunyai akses kepada teknologi bantuan yang akan mengubah kualiti kehidupan seseorang dengan ketara.

“Robotik, realiti maya dan rangka luar merupakan sebahagian daripada program pemulihan di negara lain kerana teknologi ini boleh mempercepat pemulihan, kekuatan dan mobiliti kepada tahap yang baharu.

“Pesakit di Australia kini mempunyai peluang untuk mengakses teknologi yang berpotensi mengubah hidup mereka,” katanya.

Dengan pelan perluasan terkini oleh Ekso Bionics di Asia Pasifik, EksoNR kini berada Malaysia, Singapura, Hong Kong, Taiwan dan Australia.

Ekso merupakan rangka luar robotik yang paling kerap digunakan secara klinikal di seluruh dunia dan di Asia, serta telah membantu pesakit mengambil lebih daripada 130 juta langkah di seluruh dunia.

-NIAGATIMES

Ekso-Bionics.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.