Ekspo Pembuatan Peralatan Antarabangsa China 2020 telah dibuka di Shenyang pada 1 September. Bertemakan ‘kerjasama sama menang dalam transformasi dan menaik taraf’, ekspo tersebut menggabungkan pendekatan pameran secara dalam talian dan luar talian.
Jabatan Publisiti bagi Perbandaran Shenyang dalam kenyataan berkata, pameran luar talian akan berakhir pada 5 September manakala pameran awan dalam talian akan berlangsung sehingga 30 September.
“Sebanyak 79 perusahaan dari 13 buah negara dan wilayah, termasuk Amerika Syarikat, Jerman, Perancis, Switzerland, Jepun dan Korea Selatan, turut serta di dalam pameran itu.
“Terdapat 433 perusahaan domestik yang mengambil bahagian, termasuk 35 daripada 500 syarikat multinasional utama di dunia, lapan perusahaan perkakas mesin asing yang terkenal dan 30 perusahaan pembuatan peralatan terkenal tempatan.
“36,000 orang pelawat telah mengunjungi ekspo itu pada hari pembukaan, termasuk 32,000 pelawat profesional dan 4,000 pelawat biasa,” katanya.
Ekspo Pembuatan Peralatan Antarabangsa China adalah satu-satunya pameran ekonomi dan perdagangan berskala besar kebangsaan di dalam bidang industri pembuatan peralatan di China.
Ia diadakan di Shenyang setiap tahun selama sembilan tahun dan telah berjaya diadakan sebanyak 18 kali sejak tahun 2002.
-NIAGATIMES