Para usahawan yang menjalankan perniagaan secara eksport boleh mula merancang untuk menjana pendapatan yang lebik baik sepanjang tahun 2019 apabila Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mendedahkan eksport Malaysia pada bulan November 2018 mengalami peningkatan sebanyak 1.6 peratus iaitu berjumlah RM1.3 bilion.
Berdasarkan laporan Perangkaan Perdagangan Luar Malaysia, jumlah peningkatan November 2018 yang mencatatkan perolehan RM84.8 bilion berbanding November 2017 sebanyak RM83.5 bilion bagaimanapun memberi kesan kepada eksport domestik yang menurun 2.6 peratus (RM1.8 bilion) menjadi RM68.9 bilion pada ketika import meningkat 5 peratus (RM3.7 bilion) menjadi RM77.2 bilion.
โPertumbuhan eksport disokong oleh peningkatan eksport ke Taiwan, Vietnam, Hong Kong, Singapura dan China manakala kenaikan import pula adalah dari Kesatuan Eropah, Arab Saudi, Korea Selatan, Rusia dan Taiwan.
โJumlah dagangan bernilai RM162 bilion meningkat 3.2 peratus (RM5 bilion) berbanding tempoh sama 2017. Lebihan dagangan adalah RM7.6 bilion, menyusut RM2.4 bilion (24 peratus) daripada November 2017,โ jelas laporan tersebut.
Sektor pembuatan yang mengeluarkan barangan perkilangan menyumbang kepada eksport November 2018 dengan jumlah RM70.35 bilion mencakupi 83 peratus daripada jumlah eksport, meningkat 2.2 peratus daripada jumlah pada November 2017.