Enhance Track Sdn Bhd (Enhance Track) dan NanoMalaysia Berhad (NanoMalaysia) memperkenalkan pengecas telefon mudah alih tanpa wayar pertama tempatan, Malaysia Energy Transmission Technology (METT) dalam usaha untuk memacu pengkomersialan nanoteknologi.
NanoMalaysia dalam satu kenyataan berkata, peranti ini membolehkan keupayaan mengecas bukan induktif tanpa sentuhan pada jarak sejauh beberapa meter untuk peranti mudah alih berasaskan 5V.
“METT boleh digunakan untuk semua jenis telefon mudah alih dan tablet dengan pengoperasian pada julat gelombang frekuensi radio dan terdiri daripada dua komponen iaitu penghantar dan penerima.
โPenghantar perlu disambungkan ke poin kuasa (palam) dan penerima yang mengandungi sistem pengecas perlu dipasang pada peranti mudah alih.
โSistem pengecas kemudiannya akan mengesan isyarat RF dan mengubahnya menjadi tenaga elektrik untuk mengecas bateri,โ katanya.
Sementara itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Khairy Jamaluddin berkata, pelancaran METT bukan sahaja menjadi penanda aras dalam industri nanoteknologi, malah menjadi arah tuju yang tepat untuk negara selaras dengan visi Malaysia menjadi sebuah negara ke arah Industri 4.0.
โUntuk mencapai wawasan ini, National Technology and Innovation Sandbox (NTIS) telah diperkenalkan oleh MOSTI baru-baru ini bertujuan menghidupkan semula pertumbuhan ekonomi negara menerusi teknologi inovatif dan disruptif,โ ujarnya pada Majlis Pelancaran METT di Double Tree Hilton Kuala Lumpur, semalam.
-NIAGATIMES