eUsahawan Hero Muda galak belia teroka perniagaan

Program eUsahawan Hero Muda yang diusahakan Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersama-sama Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) berupaya menggalakan golongan usahawan yang terdiri daripada belia untuk mengembangkan perniagaan, lebih-lebih lagi di dalam inovasi, kata Menteri KBS, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman.

Menurutnya, bakat dan kemahiran inovasi yang dimiliki usahawan belia berperanan besar mencetus pelbagai cabang perniagaan baharu tempatan dengan pendigitalisasi yang dilaksanakan mereka kelak juga mampu menyumbang kepada produktiviti negara.

“Usahawan muda ini terlatih dan mahir dalam bidang digital. Mereka tahu bagaimana untuk mempromosikan produk-produk menggunakan teknologi tinggi dalam dunia globalisasi.

“Kami berharap agar program ini terus ditambah baik dan dapat dikongsikan ke seluruh Malaysia supaya manfaatnya dapat dirasai oleh semua,” katanya pada sidang kemuncak Hero Muda 2019 di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), baru-baru ini.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.