Exabytes, Open DC setuju kerjasama kendali Pusat Data Pulau Pinang

Exabytes, pembekal teknologi e-dagang dan digital, serta teknologi perniagaan menyeluruh berasaskan awan terkemuka di Asia Tenggara memeterai satu perjanjian usaha sama dengan Open DC, syarikat di sebalik infrastruktur titik pertukaran Internet (Internet Exchange Point) kedua negara di selatan tanah air.

Open DC ialah syarikat yang bertanggungjawab mengasaskan Johor Bahru Internet Exchange (JBIX) yang kemudian bergabung dengan DE-CIX Malaysia untuk membentuk DE-CIX JBIX Internet Exchange.

Exabytes dan Open DC menandatangani perjanjian usahasama ini pada 20 September 2021 bagi menubuhkan Open DC Penang Sdn. Bhd (ODCP).

ODCP dimiliki secara bersama oleh Open DC dan Exabytes dengan perkongsian sebanyak 51 peratus dan 49 peratus. Sebaik sahaja diperbadankan, OCDP akan memiliki dan mengendalikan pusat data ini di Suntech Cybercity Pulau Pinang yang kini dikendalikan oleh Exabytes.

Kerjasama ini menandakan satu permulaan sinergi yang tinggi antara Exabytes dan Open DC. Hal ini terbukti melalui pengalaman selama 7 tahun sebagai penyokong utama ekosistem pusat data neutral yang dibawa oleh Open DC dan 20 tahun kepakaran pengkomputeran Exabytes melalui bantuan pasukan asasnya di ibu pejabat mereka yang terletak di Pulau Pinang.

Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengasas Exabytes, Chan Kee Siak berkata perkongsian strategik bersama Open DC akan melonjakkan Pulau Pinang sebagai sebuah hab pusat data yang berpotensi untuk menyokong perniagaan kecil dan sederhana (PKS) serta perbadanan multinasional (MNC) di Malaysia, menjadikannya sebuah hab internet ulung.

โ€œKami berhasrat untuk merancakkan Ekosistem Awan dan Pusat Data di Pulau Pinang serta wilayah utara Semenanjung Malaysia. Pada masa sama, kami mahu membantu perniagaan-perniagaan di Pulau Pinang bersedia untuk menempuhi Revolusi Perindustrian 4.0 (IR 4.0) yang sejajar dengan pelan digital utama kerajaan,โ€ katanya.

-NIAGATIMES

Exabytes.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.