Export-Import Bank of Malaysia Bhd (EXIM Bank) akan terus memberikan sokongan dan kemudahan terhadap Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) bagi mempergiatkan pembangunan usahawan dalam industri berorientasikan import-eksport negara.
Presiden EXIM Bank, Norzilah Mohammed berkata, pihaknya telah menyediakan peruntukan insentif sejumlah RM1.2 bilion untuk memberi tumpuan kepada usaha membantu dan menggalakkan lebih banyak syarikat-syarikat tempatan terutamanya PKS agar mereka bertambah produktif.
โKita tetap akan menyalurkan pembiayaan berjumlah RM1.2 bilion kepada PKS dari segi perbankan dan insurans memandangkan ia telah diperuntukkan dalam bajet tahunan EXIM Bank. Tunggu sahaja, kita akan membuat pengumuman rasmi nanti,โ katanya ketika ditemui pemberita, hari ini.
Terdahulu, beliau hadir pada program tanggungjawab sosial korporat aktiviti gotong-royong bersama-sama 34 sukarelawan di kediaman Pertubuhan Kebajikan Islam Peribadi Mulia Kajang dengan menyumbang dana bernilai RM25,000.