Peneraju dunia di dalam pencetak 3D pasir dan logam perindustrian dengan menggunakan teknologi pengikat jet, The ExOne Company (ExOne), baru-baru ini mengumumkan bahawa ABC Corporation kini adalah sebuah rakan saluran yang sah untuk menjual penyelesaian perindustriannya di Korea Selatan.
Naib Presiden ExOne Asia, Ben Leung berkata, mereka cukup teruja untuk mengalu-alukan ABC Corporation sebagai rangkaian pengedaran dengan potensi kemungkinan dalam mewujudkan teras pasir dan acuan untuk penuangan yang kompleks.
“Pengalaman faundri ABC akan membantu ExOne menjangkau pasaran tempatan untuk berkongsi banyak faedah bagi menggabungkan jet pengikat pasir ke dalam model perniagaan mereka,” katanya.
Proses pencetakan 3D jet pengikat ExOne yang dipatenkan mengubah bahan serbuk seperti logam, pasir atau seramik enjadi bahagian ketepatan yang sangat padat dan berfungsi atau perkakas pada kelajuan tinggi.
Pencetakan 3D pasir dapat membantu mengurangkan kitaran masa dari minggu dan bulan menjadi beberapa hari sahaja.
Sementara itu, Timbalan Pengurus Besar ABC Corporation, JH Lee berkata, kesesuaian ExOne menepati keperluan industri yang memerlukan proses pengulangan yang pantas dan tepat.
“Syarikat-syarikat automotif dan pembekal tahap satu komited untuk melakukan inovasi penuangan bagi kenderaan elektrik dengan matlamat untuk membangunkan reka bentuk ringan dan berdinding tipis yang tahan lama untuk meningkatkan kecekapan bahan bakar.
“Sebagai peneraju dunia di dalam teknologi jet pengikat, pengalaman lama ExOne dan kemajuan teknologi terkini mereka akan membantu pelanggan kami mendapatkan kelebihan di dalam persaingan yang akan datang,” ujarnya.
-NIAGATIMES