FAEZA HASSAN KINI ‘JUTAWAN ZOMBIE’

Mendengar perkataan zombi pasti menyeramkan tapi tidak bagi Zombie Seafood yang ‘amat menyelerakan’! Zombie Seafood diasaskan oleh sosok jelita yang dikenali sebagai Faeza Hassan yang juga adalah Pengarah bagi syarikat Faez Food Industries.

Zombie Seafood bermula dengan hanya empat orang pekerja sahaja kini beliau telah memiliki lebih 27 orang pekerja di restorannya. Usahawan wanita ini telah memulakan kariernya didalam bidang makanan dan minuman (F&B) sejak 21 tahun yang lalu. Semestinya pengusaha restoran ini berpengalaman luas dan mempunyai kepakaran di dalam bidangnya.

Tidak semudah yang disangka, Faeza telah menjalankan sebanyak lima entiti perniagaan sebelum ini. Hasil penat lelah dan tidak berputus asa telah membuahkan hasil apabila restorannya Zombie Seafood mendapat tempat di hati pelanggan sekaligus membuatkan Zombie Seafood antara restoran makanan laut yang berjaya di Kuala Lumpur.

Zombie Seafood yang mengkhususkan menu makanan laut seperti ‘shellout’, ikan bakar dan pelbagai lagi telah mendapat perhatian pelanggan dari seluruh negara.

Zombie Seafood yang beroperasi di Kepong Kuala Lumpur ini menawarkan satu ‘nikmat kepuasan’ kepada pelanggannya yang turut berpuas hati dengan servis perkhidmatan yang diberikan. Justeru, restoran ini tidak pernah menang tangan kerana mendapat sambutan yang amat mengalakkan.

Selaku pengusaha restoran Zombie Seafood, Faeza Hassan mempunyai ‘tagline’nya yang tersendiri iaitu “Nikmati hidangan seafood segar dari laut dalam dengan keunikan rasa yang tersendiri.”

Ungkapan tersebut membuktikan kata-katanya bukan sekadar ‘tin kosong’ tetapi telah dibuktikan dengan sokongan para pelanggannya yang berkali-kali menjamu selera di restoran miliknya.

Usahawan jelitawan ini menjelaskan, kejayaan yang diperolehinya hari ini tidak semudah yang disangka kerana dirinya juga pernah melalui detik sukar di dalam perniagaan.

“Umpama ‘ayam di kepuk kelaparan, Itik di air mati kehausan’, begitulah kenangan pahit yang dilalui saya sewaktu Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan pada awal tahun 2020 tatkala virus Covid-19 menyerang negara.

“Saya mengalami kerugian pada fasa awal perintah tersebut dilaksanakan. Namun, dengan ilmu yang luas dan pengurusan kewangan yang baik, saya kembali bangkit dan terus mencipta kejayaan.

“Pengalaman tersebut tidak dapat dilupakan kerana ia mengajar saya erti kecekalan dan nilai kemanusiaan yang tinggi di saat saya sendiri juga terkesan kerana pandemik,” ujarnya.

Pada 28 Julai 2022 lalu, Faeza Hassan dipilih sebagai salah seorang penerima Anugerah Personaliti Industri & Usahawan Malaysia 2022 di dalam kategori F&B yang sekaligus membuktikan penat lelah dan usaha kerasnya selama ini telah menaikkan kredibilitnya sebagai antara usahawan wanita yang berjaya di Malaysia.

Meskipun telah mengecapi kejayaan, Faeza kini tetap giat menuntut ilmu perniagaan bersama Richwork Academy, ESQ dan Datuk Faridah Hanim bagi memperkasakan lagi pengetahuannya di dalam perniagaan dan menjadikannya seorang usahawan yang berpendidikan.

Menurut Faeza, untuk menjadi usahawan yang berjaya dan berkomitmen, ilmu serta pengurusan kewangan yang baik harus ada pada sikap mereka yang menceburi bidang perniagaan.

“Kesabaran dalam melakukan pekerjaan harus tinggi dan tinggalkan sikap mahu cepat kaya. Bak kata pepatah, berakit-rakit kehulu, berenang-renang ketepian. Bersakit-sakit dahulu, bersenang-senang kemudian,” ujarnya tersenyum.

Selaku pengusaha restoran makanan laut, Faeza menyasarkan untuk membuka 15 buah cawangan Zombie Seafood di seluruh Malaysia pada masa akan datang.

“Sasaran ini juga merupakan satu anjakan paradigma bagi saya. Tidak mahu rasa selesa dan berpuas hati, saya merancang satu langkah besar untuk terus kekal relevan di dalam industri F&B dan memperluaskan lagi rangkaian perniagaan Restoran Zombie Seafood yang kini semakin mendapat tempat di hati pelanggan dan masyarakat,” katanya.

-NIAGATIMES

FAEZA-HASSAN-cover.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.