Filem blokbuster anime Jepun bakal jengah Amazon Prime Video

Amazon Prime Video hari ini mengumumkan tayangan perdana eksklusif di luar Jepun bagi blokbuster anime Jepun yang sangat dinanti-nantikan ‘Evangelion:3.0+1.01 Thrice Upon A Time’ pada 13 Ogos 2021.

Filem ini merupakan bab keempat dan terakhir daripada edisi teaterikal baharu bagi Evangelion.

Untuk meraikan finale bagi francais itu, Prime Video akan juga mengeluarkan tiga filem sebelum ini, Evangelion:1.11 You Are (Not) Alone, Evangelion:2.22 You Can (Not) Advance, Evangelion:3.33 You Can (Not) Redo kepada peminat di lebih 240 buah negara dan wilayah.

Ia akan dialih suara dalam 10 bahasa termasuk Bahasa Inggeris, Perancis, Jerman, Portugis, Sepanyol dan Itali, dan menawarkan sari kata dalam 28 bahasa.

Naib Presiden, Pelesenan Kandungan Seluruh Dunia Prime Video, Brad Beale berkata, filem-filem Evangelion telah menggembirakan peminat selama bertahun-tahun dan pihaknya sedar bahawa terdapat satu keinginan yang besar di seluruh dunia untuk finale itu.

“Saya teruja bagi anggota Prime di seluruh dunia kerana akhirnya dapat berpeluang menonton karya agung anime Evangelion:3.0+1.01 Thrice Upon A Time, serta tiga filem sebelum ini,” katanya.

Sementara itu, Pencipta, Penulis Skrip Lakon Layar dan Ketua Pengarah Filem, Hideaki Anno berkata, penghargaan dan terima kasih selayaknya diberikan kepada setiap peminat Eva di seluruh dunia di atas sokongan mereka yang berterusan.

“Kami mencari cara terbaik untuk menawarkan filem itu kepada peminat di luar negara seawal yang mungkin dalam keadaan yang mencabar ini dengan pawagam semasa Covid-19, dan amat gembira kerana telah menemui Prime Video sebagai satu rakan kongsi untuk menstrimkannya secara global.

“Kami sangat mengesyorkan supaya menontonnya di sebuah skrin televisyen besar bagi mendapatkan pengalaman menonton yang terbaik,” ujarnya.

-NIAGATIMES

APV.png

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.