Agensi kerajaan Filipina, sektor swasta dan Penguasa Kewangan Singapura (MAS) baru-baru ini melancarkan ‘Digital Pilipinas: Gambaran Lebih Dekat terhadap Persekitaran Sandbox Filipina’, satu pergerakan untuk mencetuskan perubahan melalui teknologi dan inovasi dalam lingkungan tempatan dan global.
Digital Pilipinas dianjurkan oleh GeiserMaclang dan disokong oleh kerajaan Singapura melalui MAS dan oleh kerajaan Filipina melalui Jabatan Perdagangan dan Industri (DTI) serta Jabatan Kewangan (DOF).
Dalam ucapan dasarnya, Ketua Pegawai Teknologi Kewangan MAS Sopnendu Mohanty berkata, “Sekiranya terdapat satu pasaran di Asia yang memiliki potensi terbesar untuk mengalami transformasi sepenuhnya, pasaran tersebut ialah Filipina. Kami mempromosikan teknologi kepada orang ramai untuk berkembang maju, maka kepentingan umum penting bagi menjadikan persekitaran ‘sandbox’ berjaya.”
Penganjur Digital Pilipinas dan Pengasas Bersama GeiserMaclang Marketing Communications, Inc. Amor Maclang menekankan bahawa teknologi dapat membantu menyelesaikan masalah negara ini yang sekian lama berlaku sebagaimana yang digariskan dalam agenda 12-matlamat Digital Pilipinas.
Agenda 12-matlamat Digital Pilipinas menyediakan penyelesaian bagi menangani cabaran dalam industri dan ekosistem ekonomi Filipina, sekali gus memanfaatkan peluang berpandukan ICT.
Agenda 12-sasaran tersebut meliputi teknologi kewangan, teknologi kerajaan dan teknologi kawal selia; teknologi hartanah; transformasi digital; perbankan filipina luar negara; masa depan mobiliti; teknologi insurans; e-dagang; keselamatan siber; internet tenaga; masa depan pendidikan; bandar digital; dan permainan digital.
-PR NEWSWIRE