Filipina, Thailand jalin kerjasama perkukuh biaya perniagaan

Lender Security Bank Corp (SBC) dari Filipina telah bekerjasama dengan Bank of Ayudhya, kumpulan kewangan kelima terbesar di Thailand dan ahli rangkaian Mitsubishi UFJ Financial Group (MUFG), dalam usaha memperkukuhkan pembiayaan perniagaan pengguna.

Menurut laporan Inquirer.Net, SBC bersetuju untuk menjual 50 peratus kepentingan dalam unit kewangan pengguna SB Finance (SBF) Co ke Bank of Ayudhya, yang dikenali sebagai Krungsri.

Kerjasama itu dipersetujui bagi meningkatkan kualiti perkhidmatan produk pembiayaan pengguna kepada lebih ramai rakyat Filipina di samping mengukuhkan hubungan antara SBC dan Krusngri yang bernaung di bawah gergasi perbankan Jepun MUFG sebagai pemegang saham.

“SBC dan Krungsri berdedikasi untuk meningkatkan kepekaan pelanggan dalam perbankan. Dengan melancarkan strategi yang mendorong Krungsri untuk menjadi pemimpin pasaran Thailand dalam kewangan pengguna, SBF berada pada kedudukan yang baik untuk menaikkan potensi perniagaan dengan lebih cepat, melancarkan varian produk yang lebih baik dan lebih inovatif serta memberi perkhidmatan kepada lebih ramai pelanggan,” kata Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif SBC, Sanjiv Vohra dalam satu kenyataan kepada Bursa Saham Filipina, baru-baru ini.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Krungsri, Seiichiro Akita berkata, pihaknya berbesar hati untuk bekerjasama dengan Security Bank dengan keyakinan kerjasama kedua-dua pihak mampu meningkatkan daya saing perniagaan SBF untuk menembusi pasaran kewangan di Filipina.

Filipina-Thailand-bisnes-Gambar-hiasan.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.