Firma FinTech di Singapura tarik pembiayaan global ASEAN

Firma teknologi kewangan (FinTech) di Singapura terus menarik bahagian terbesar pendanaan global dalam kalangan negara-negara ASEAN, menerima lebih daripada separuh (51 peratus) dana untuk rantau ini mengikut laporan FinTech in ASEAN: From Start-up to Scale-up.

Dikeluarkan oleh United Overseas Bank (UOB), PwC dan Singapore FinTech Association (SFA), laporan itu juga mendapati bahawa Singapura mendahului rantau ini sebagai pangkalan pilihan firma FinTech dan menjadi rumah kepada 45 peratus daripada semua firma FinTech di ASEAN.

Menjadi bukti kepada dorongan negara untuk menggalakkan inovasi FinTech merentas pelbagai bidang, pendanaan untuk firma FinTech yang berpangkalan di Singapura ialah dana yang paling sekata pengagihannya, dengan teknologi insurans, pembayaran dan kewangan peribadi berada di hadapan.

Menurut laporan, pendanaan yang pelbagai juga menunjukkan landskap FinTech yang lebih matang di negara ini, berbanding dengan pasaran ASEAN yang lain di mana sektor FinTech masih baru dan sebahagian besarnya memberi tumpuan kepada penyelesaian berkaitan pembayaran.

Ketua, Saluran dan Pendigitalan Kumpulan UOB, Janet Young berkata, “Persekitaran pengawalseliaan dan perniagaan Singapura yang menyenangkan urusan, minat pelabur yang kuat dan kematangan sektor FinTech terus menjadi asas yang menarik bagi firma-firma yang ingin memanfaatkan potensi pertumbuhan ASEAN.

“Oleh itu, lebih banyak firma di negara ini juga telah beralih daripada pra-siri kepada pendanaan peringkat seterusnya.”

-PR NEWSWIRE

FinTech-Singapura.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.