Firma-firma Kemboja intai peluang import eksport di CIIE China

0
21

Masih berbaki lebih 100 hari lagi, namun begitu Rouen Sovannarith tidak sabar-sabar menantikan Ekspo Import Antarabangsa China (CIIE) kali ketiga memandangkan beliau berpendapat bahawa CIIE akan memberi rangsangan yang hebat untuk perdagangan dan pelaburan antara China dan juga Kemboja.

Sovannarith yang merupakan Presiden Cambodian Rural Development Agency (CRDA) berada di Shanghai untuk edisi kedua CIIE pada November lalu, yang menyaksikan Kemboja sebagai salah satu daripada 15 negara tetamu kehormat.

“Saya mendapat banyak pengalaman di edisi-edisi CIIE terdahulu. Ia membantu kami untuk membina hubungan antara CRDA dan agensi antarabangsa, syarikat dan ejen kerajaan untuk mempromosikan dan menyokong aktiviti-aktiviti ekonomi antara negara-negara,” kata Sovannarith.

Pelbagai jenis produk pertanian dipamerkan di astaka Kemboja yang seakan-akan Istana di ekspo tersebut.

“Kami benar-benar percaya bahawa perdagangan dapat menggalakkan dan mengukuhkan hubungan antara budaya serta tradisi Cina dan Kemboja. Maka, CRDA berada di sini untuk menggalakkan dan menyokong dasar kerajaan untuk perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua negara,” kata beliau.

Sovannarith bimbang akan impak daripada wabak Covid-19 terhadap eksport Kemboja sejak tiga bulan yang lalu.

Pandemik ini telah menghentikan proses pemerolehan antara China dan Kemboja. Ia menjejaskan bidang-bidang seperti pembinaan, hartanah dan perdagangan import dan eksport komoditi.

“Saya mencadangkan agar kita membentuk atau mewujudkan kebenaran atau izin khas bagi tujuan pemerolehan agar kedua-dua negara boleh memulakan pertukaran perniagaan, mempromosikan pelaburan dan menggalakkan pembangunan,” kata Sovannarith.

-PR NEWSWIRE

Sovannarith.png

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.