Fokus industri halal dalam ekonomi baharu pada Persidangan Halal Dunia 2020 esok

Persidangan Halal Sedunia (WHC) 2020 ke-12 anjuran Halal Development Corporation (HDC) yang bakal diadakan esok akan membincangkan anjakan industri halal menuju ke Ekonomi Baharu Dunia di dalam situasi normal baharu susulan pandemik dunia.

Ketua Pegawai Eksekutif HDC, Hairol Ariffein Sahari dalam satu kenyataan berkata, Covid-19 telah mengubah landskap ekonomi melibatkan ramai pengguna yang terpaksa menyesuaikan diri kepada amalan-amalan baharu semasa sekatan pergerakan dan kuarantin.

“Ini akan berterusan, ianya telah mengubah gaya hidup dan kelakuan pengguna, dan penduduk di serata dunia kini berusaha untuk menyesuaikan diri dengan amalan normal baharu,” katanya.

Tambah Hairol, perdagangan secara digital telah meningkat apabila pengguna beralih ke atas talian untuk mendapatkan produk dan perkhidmatan.

“Covid-19 merupakan satu desakan kepada kerajaan, syarikat-syarikat dan masyarakat untuk mempunyai pelan bagi menangani gangguan-gangguan ini, khususnya di mana rangkaian bekalan telah diuji, untuk memastikan kesinambungan perniagaan,” ujarnya.

Mengambil perspektif perubahan landskap ekonomi, tema WHC2020 ‘Komuniti Halal Pacu Ekonomi Baharu Dunia’ akan menyelami perubahan yang sedang berlaku, transformasi sedia ada dan diperlukan untuk dilaksanakan serta menerokai pelbagai cabaran dan peluang yang timbul dalam konteks pengeluaran dan penggunaan yang mampan.

-NIAGATIMES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.