Foodex Jepun 2022

Foodex Jepun 2022 yang merupakan edisi ke-47 bagi sebuah pameran makanan dan minuman terkemuka di Jepun, dijangka akan mengumpulkan 1,461 syarikat dari 41 buah negara dan wilayah dengan 1,787 gerai sepanjang penganjurannya.

Program kali ini disasarkan bakal meningkatkan cadangan baharu kepada industri makanan yang telah mencapai inovasi baharu di tengah-tengah pandemik Covid-19.

Pameran itu akan diadakan di Makuhari Messe di Wilayah Chiba selama empat hari bermula esok 8 Mac 2022, dan ia akan menampilkan arah aliran makanan seperti satu rangkaian luas bagi makanan sejuk beku, nilai tambah dan makanan gantian sebagai sebahagian daripada Matlamat Pembangunan Lestari (SDG), serta teknologi makanan yang semakin mendapat tempat, akhir-akhir ini.

Ramai pembeli dan eksekutif Jepun dan asing telah melawat pameran Foodex Jepun sebelum ini untuk perolehan, dan pameran itu telah mendapat pengiktirafan tinggi oleh pihak-pihak yang berkenaan sebagai satu peluang terbaik untuk mengembangkan perniagaan mereka ke peringkat global.

Pada masa yang sama, Foodex Jepun turut akan mengadakan satu pameran fizikal serta satu pameran maya untuk rundingan dalam talian.

Foodex Jepun 2022 menyumbang kepada pembangunan selanjutnya bagi industri makanan dengan menyediakan maklumat terkini tentang makanan dan perkhidmatan yang lebih baik.

Untuk butiran lanjut, sila layari www.jma-buyers.com/foodex/lp/en/index.html atau laman web rasmi mereka di www.jma.or.jp/foodex/en/.

-NIAGATIMES

photo-credit-ntradeshows.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.