Foodpanda alu-alukan lebih ramai rakan kongsi di Foodpanda Shops

Foodpanda Malaysia (Foodpanda) mengumumkan ketersediaan lebih ramai rakan kongsi baharu di Foodpanda Shops untuk memenuhi permintaan para pelanggan yang semakin meningkat dan terus menyediakan perkhidmatan penghantaran barang keperluan terus ke depan pintu rumah.

Foodpanda berkata, penambahan baharu ini akan mengembangkan lagi variasi sedia ada dan termasuk gabungan kedai runcit, farmasi, pakar optik, kedai kecantikan dan fesyen, kedai alat tulis dan banyak lagi.

โ€œBeberapa jenama baharu yang diperkenalkan termasuk Everrise, salah satu rangkaian pasar raya terbesar dan berkembang pesat di Sarawak, serta IKEA dan Focus Point. Selain itu, para pengguna juga boleh membeli barangan daripada MIWA OLi, Shojikiya, myNEWS, Pet Lovers Centre dan Sox World.

โ€œLebih-lebih lagi, Hairdepot, Big Bath, Big Pharmacy, CHOIS, Sam Groceria, Petronas Mesra, ST Rosyam, Agni Gaming, BORDERS, Bee Cheng Hiang, Homecareshop, Sunlight Pharmacy KK, Lee Fandbee dan AM PM Pharmacy juga antara rakan kongsi yang kini boleh didapati di Foodpanda Shops,โ€ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Pengarah New Verticals, Afzan Lutfi berkata, matlamat utama pihaknya adalah untuk mewujudkan satu platform di mana para pengguna boleh membuat pesanan makanan, barangan keperluan harian seperti barangan runcit, bekalan perubatan dan alat tulis serta barangan kecantikan dan pakaian.

โ€œDalam beberapa bulan kebelakangan ini, kami telah menyaksikan peningkatan yang berterusan dalam pesanan yang dibuat melalui platform kami, justeru itu kami merasakan bahawa ini adalah masa yang paling sesuai untuk memperkenalkan lebih banyak variasi kepada pengguna kami.

โ€œMelangkah ke hadapan, kami berharap dapat berkerjsama dengan lebih ramai rakan kongsi dan terus mengukuhkan kedudukan kami sebagai platform penghantaran yang teratas di Malaysia,โ€ jelasnya.

-NIAGATIMES

FOODPANDA-SHOPS.png

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.