FourKites perluas kedudukan penerajunya dalam pasaran negara APAC

Syarikat kebolehlihatan rantaian bekalan terkemuka, FourKites, hari ini mengumumkan pertumbuhan global yang kukuh pada tahun 2022, apabila syarikat itu melaksanakan visinya untuk rantaian bekalan automatik, saling berkait dan kerjasama yang merangkumi pengangkutan, gudang, kedai, trak dan banyak lagi.

Khususnya di Asia-Pasifik, syarikat itu merealisasikan pertumbuhan sebanyak 91 peratus dalam pelanggan baharu di rantau ini dan lebih daripada 240 peratus pertumbuhan dalam penghantaran yang dijejaki merentasi 46 buah negara APAC.

Antara pelanggan baharu yang menggunakan FourKites untuk mengubah rantaian bekalan mereka ialah Mitsui & Co. Global Logistics Ltd, Nestle Japan, Chevron Corporation, Kraft Heinz, SpaceX dan QVC.

Di peringkat global, FourKites merekodkan hampir 50 peratus pertumbuhan tahun ke tahun, ketika syarikat ini terus menghubungkan rantaian bekalan sebanyak 50 peratus daripada Fortune 500.

Pada tahun 2022 di rantau APAC, FourKites mencapat beberapa pencapaian antaranya pertumbuhan sebanyak 30 peratus dalam bilangan pelabuhan serantau yang dijejaki kini berjumlah 282 pelabuhan serta penjejakan OTR secara langsung di seluruh Australia, New Zealand, India, Thailand, Taiwan, Filipina, Singapura dan Malaysia dengan pengembangan jangka pendek ke negara tambahan di rantau ini.

“Kami teruja untuk bekerjasama dengan FourKites bagi membawa kebolehlihatan dan kecekapan rantaian bekalan diperbaik kepada operasi dalam semua industri dan semua negara di seluruh APAC,” kata John Kenichi Kogiku, Pengurus Besar Bahagian Perniagaan Penyelesaian Digital di Mitsui.

Kerjasama rapat dengan pelanggan telah menjadi asas pembangunan produk FourKites sejak penubuhan syarikat itu.

Lebih sembilan daripada 10 pelanggan FourKites merupakan penyumbang aktif kepada IdeaExchange syarikat dan program Rakan Kongsi Inovasi FourKites telah menjana lebih daripada 200 peningkatan produk daripada lebih 70 syarikat yang antara lainnya termasuk Andersen Corporation, Canfor, Cardinal Health, Henkel, Kimberly-Clark dan Sprouts Farmers Market antara lain.

-NIAGATIMES

APAC-Business-Expansion-Hawksford.webp

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.