Fuhla tawar program khidmat konsultasi elak penipuan ‘scammer’

0
36

Program ‘Fuhla Scam and Fraud Protection’ telah dilancarkan oleh Fuhla untuk memberikan perkhidmatan konsultasi mengenai penipuan terhadap rakyat Malaysia sebagai inisiatif memerangi isu berkenaan.

Dalam tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP), jumlah kes penipuan telah meningkat. Oleh itu, Fuhla mahu meningkatkan kesedaran masyarakat dengan kaedah-kaedah memahami dan menangani isu-isu yang berkaitan pelbagai jenis penipuan melalui program tersebut.

Ketua Pegawai Eksekutif Fuhla, Jazz Tan berkata, pihaknya berhasrat menyediakan sebuah tempat yang lebih selamat bagi masyarakat untuk melakukan transaksi internet memandangkan peningkatan aktiviti itu kian meningkat dalam tempoh PKP.

“Kami sedar bahawa banyak rakyat Malaysia apabila ditipu atau menghadapi penipuan, tidak mengetahui cara terbaik untuk menyelesaikan masalah ini. Oleh itu, Fuhla ingin menjadi sebuah platform bagi mereka yang memerlukan nasihat dan pertolongan dalam perkara ini,” katanya.

Tambah Jazz Tan, Fuhla memahami bahawa sesiapa sahaja boleh menjadi mangsa penipuan. Disebabkan ini, program ‘Fuhla Scam and Fraud Protection’ tidak terhad kepada individu sahaja malah dibuka untuk pengguna perniagaan.

“Antara liputan untuk individu termasuk kes-kes penipuan dalam talian, penipuan kad kredit, kehilangan data peribadi, penipuan pemasaran pelbagai peringkat dan kehilangan deposit.

“Manakala untuk liputan pengguna perniagaan meliputi penyalahgunaan cap dagang, kehilangan data perniagaan, penipuan pelanggan perniagaan, hal-ewal undang-undang dan kes pemeras ugut,” jelasnya.

Untuk sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web fuhla.com/scam-protection/.

Fuhla-Scam-and-Fraud-Protection.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.