FWD Takaful lancar #BusinessWithASoul

FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) melalui kumpulan agensi terbesarnya, Caliph Consultancy Group Sdn Bhd (Caliph Group), telah melancarkan #BusinessWithASoul, sebuah kempen untuk meningkatkan kesedaran serta mendidik rakyat Malaysia, dengan fokus kepada komuniti B40, tentang kepentingan perlindungan takaful.

FWD Takaful akan berkerjasama dengan Caliph Group melalui kempen ini yang akan menyaksikan ahli pasukan Caliph Group mengunjungi komuniti terpilih untuk memberi nasihat dan bimbingan secara percuma dan memperkenalkan mereka kepada FWD Kasih, produk mikro takaful yang direka khas untuk komuniti berpendapatan rendah.

Ketua Pegawai Agensi, Wan Mohd Fadhlan Mohd Azmi berkata, pihaknya sedar akan kebimbangan keadaan kewangan yang sedang dihadapi oleh rakyat Malaysia ketika ini lebih-lebih lagi di dalam tahun yang cukup mencabar.

“Kami gembira dapat bekerjasama dengan Caliph Group untuk inisiatif yang bermakna ini, dan berharap kami dapat membantu meringankan beban kewangan dalam komuniti dan mengubah pandangan orang ramai tentang Takaful,” katanya.

Dengan kapasiti lebih daripada 1,500 ejen di lapan negeri, Caliph Group merupakan salah satu agensi Takaful Keluarga yang paling pesat berkembang di Malaysia dan telah memberikan perkhidmatan Takaful selama bertahun-tahun.

-NIAGATIMES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.