FWD Takaful perkenal pelan FWD Hajj Rider baharu

FWD Takaful Berhad (FWD Takaful) telah memperkenalkan sebuah pelan rider unik, FWD Hajj Rider bagi menaik taraf perlindungan Takaful untuk peserta-peserta yang ingin menunaikan ibadah haji atau umrah tanpa rasa bimbang.

Ketua Pegawai Eksekutif FWD Takaful, Salim Majid Zain berkata, pihaknya amat berbesar hati dapat memberikan penyelesaian yang komprehensif kepada rakyat Malaysia yang beragama Islam melalui pelan baharu berkenaan.

“(Langkah ini) bagi memastikan mereka bersiap sedia daripada segi kewangan bukan sahaja ketika memulakan perjalanan untuk menunaikan ibadah haji atau umrah malah apabila mereka berdepan dengan situasi yang tidak diduga semasa melakukan ibadah tersebut,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Agensi, Wan Mohd Fadhlan Wan Azmi berkata, FWD Takaful telah mengubah pandangan orang ramai tentang Takaful dengan menyediakan nilai yang lebih baik kepada pelanggan melalui pelan-pelan takaful mereka.

“Pelancaran pelan ini adalah tepat pada masa pengumuman Arab Saudi baru-baru ini bahawa mereka akan membuka pintu kepada jemaah haji dari negara-negara lain secara beransur-ansur selepas penutupan Mekah disebabkan pandemik koronavirus,” ujarnya.

FWD Hajj Rider menyediakan manfaat kematian serta Hilang Upaya Penuh dan Kekal (HUPK) sehingga 400 peratus jumlah dilindungi rider.

Pelan ini juga menyediakan manfaat ihsan pasangan dengan minimum 50 peratus jumlah dilindungi atau RM100,000 disebabkan kematian pasangan ketika menunaikan ibadah haji atau umrah.

Untuk butiran lanjut mengenai FWD Hajj Rider dan manfaatnya, sila layari fwd.com.my/en/riders/fwd-hajj-rider atau hubungi talian 1300-13-7988.

-NIAGATIMES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.