Pembuat auto GAC Motor baru-baru ini telah membuka sebuah pusat jualan dan perkhidmatan baharu di tengah-tengah kawasan perniagaan automobil di Riyadh, ibu kota Arab Saudi.

Pusat yang berkeluasan 5,588 m2 (60,148 kaki persegi), terletak di Makkah Al Mukarramah Branch Rd, Riyadh 12813, ialah kedai GAC Motor yang terbesar antara empat pusat sedia ada di negara ini dan dikendalikan oleh Aljomaih Automotive Company (AAC), pengedar eksklusif pembuat auto berkenaan di Arab Saudi. Tiga pusat jualan dan perkhidmatan lain di Arab Saudi terletak di Jeddah dan Dammam.

Majlis perasmian menampilkan pelancaran SUV GS7 dan van mini GM8 serta penyerahan kenderaan kepada pelanggan utama yang disaksikan oleh lebih 100 tetamu VIP dan rakan media termasuk En. Li Bei, Pengarah Pejabat Kedutaan Republik Rakyat China di Kerajaan Arab Saudi, En. Chen Hanjun, Naib Presiden GAC Group, En. Yu Jun, Presiden GAC Motor, En. Wang Shunsheng, Naib Presiden GAC Motor International Sales Company dan En. Sheikh Waleed, Ketua Pegawai Operasi AAC.

“Pembukaan Pusat Jualan dan Perkhidmatan Riyadh serta pelancaran kenderaan-kenderaan baharu bakal menjadi satu lagi pencapaian penting yang menunjukkan pengaturan saluran jualan GAC Motor di tiga bandar utama Arab Saudi beroperasi sepenuhnya. Kami juga komited untuk menyediakan pelanggan Arab Saudi dengan pengalaman pergerakan yang menyeronokkan,” kata Yu Jun, Presiden GAC Motor. – PR NEWSWIRE

Perasmian pembukaan Pusat Jualan dan Perkhidmatan GAC Motor.jpg