Gibraltar BSN lancar Pelan Endowmen Edisi Terhad, GoGuarantee Plus

Syarikat insurans hayat tempatan, Gibraltar BSN Life Berhad (Gibraltar BSN) telah melancarkan GoGuarantee Plus, sebuah pelan endowmen edisi terhad untuk membantu rakyat Malaysia mengukuhkan persediaan persaraan mereka.

GoGuarantee Plus adalah pelan insurans hayat yang digabungkan dengan pulangan terjamin setiap lima tahun sebanyak 3 peratus daripada jumlah perlindungan dan pembayaran sekaligus yang boleh mencecah sebanyak 120 peratus daripada jumlah premium yang dibayar.

Dengan proses pendaftaran yang mudah and pantas, pelanggan juga boleh mendapatkan jumlah liputan perlindungan sehingga RM300,000 tanpa sebarang pengunderaitan perubatan atau soalan kesihatan.

Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN Life Berhad, Lee Kok Wah berkata, pihaknya terdorong untuk membantu pelanggan melindungi tahun-tahun keemasan mereka dengan menawarkan produk yang kompetitif yang boleh mengembangkan dana persaraan dan pada masa yang sama, lengkap dengan perlindungan nyawa yang kukuh.

“Usia hayat yang lebih panjang bermakna rakyat Malaysia harus menghadapi kos perubatan yang lebih tinggi. Manfaat tambahan produk ini tentunya dapat meringankan beban kewangan pelanggan kami ketika mereka meniti usia emas,” ujarnya.

Salah sebuah ciri unik GoGuarantee Plus adalah manfaat Golden Age Disability (GAD) yang membolehkan pelanggan melanjutkan tempoh perlindungan dan manfaat Terminal Illnesses sehingga RM300,000.

Pelanggan boleh membuat persediaan persaraan tanpa membebankan komitmen semasa mereka dengan memilih pembayaran premium fleksibel sebanyak lima tahun, sepuluh tahun, atau tempoh pembayaran penuh.

GoGuarantee Plus kini boleh didapati sehingga akhir tahun.

Pelan ini diedarkan melalui saluran agensi nasional Gibraltar BSN dan seterusnya melengkapkan rangkaian penyelesaian kewangan mudah, relevan, dan berpatutan syarikat insurans hayat yang merangkumi perlindungan nyawa dan kesihatan melalui pelan tradisional dan berkaitan pelaburan.

Untuk maklumat lebih lanjut, sila lawati www.gibraltarbsn.com.

-NIAGATIMES

goguarantee_plus_launch___gibraltar_bsn.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.