Gibraltar BSN lancar platform e-dagang baru, i2u

Membeli insurans hayat bukan lagi urusan yang rumit. Gibraltar BSN Life Berhad (Gibraltar BSN) baru-baru ini melancarkan platform e-dagang, i2u, yang membolehkan pelanggan membeli pelan insurans dengan harga yang berpatutan dan menerima perlindungan kurang dari masa yang diperlukan untuk menghabiskan secawan kopi.

Ketua Pegawai Eksekutif Gibraltar BSN Lee Kok Wah berkata, pandemik Covid-19 telah meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai insurans hayat dan merangsang perubahan perilaku pengguna dalam talian di Malaysia.

โ€œPelanggan sekarang mahukan produk insurans dengan harga yang berpatutan, mudah difahami dan juga senang dibeli.

โ€œDengan i2u, kami telah memanfaatkan peluang keemasan ini untuk memperdalam penembusan insurans dengan menyediakan produk langsung yang mampu milik dan senang dibeli di platform mesra pengguna dengan perjalanan pelanggan yang mudah yang memberikan perlindungan segera setelah pembayaran dibuat,โ€ katanya dalam satu kenyataan.

Dengan i2u, pelanggan boleh membeli satu atau ketiga-tiga produk belian terus popular Gibraltar BSN tanpa pemeriksaan kesihatan atau kertas kerja.

Semua aplikasi menjalani proses pengunderaitan dalam talian yang pantas dan pelanggan akan menerima e-Polisi dalam e-mel mereka dengan serta-merta.

Pada ketika ini, i2u menawarkan tiga produk belian terus yang mudah dengan harga yang berpatutan; i-Care, pelan insurans hayat bertempoh dari RM9.75 sebulan, i-Med, pelan kad perubatan dari RM41.85 sebulan, dan i-Protect, pelan perlindungan penyakit kritikal dari RM7.60 sebulan.

i2u boleh dilayari di www.gibraltarbsn.com/i2u. Untuk sokongan selepas jualan, pelanggan boleh Live Chat dengan wakil Khidmat Pelanggan Gibraltar BSN di laman web.

-NIAGATIMES

Gibraltar-BSN.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.