GMCA: PENYEDIA PERKHIDMATAN SEHENTI

Global MediCALL Assistance (GMCA) merupakan syarikat penyedia perkhidmatan yang diasaskan pada 2010 dan berpangkalan di Malaysia. Sebagai salah satu penyedia terkemuka untuk urusan perubatan, perjalanan dan bantuan jalan raya, perkhidmatan GMCA tersedia di dalam dan luar negara dengan senarai klien daripada 19 negara.

GMCA menawarkan perkhidmatan kepada pelbagai syarikat dan organisasi, khusus dalam bantuan perubatan antarabangsa dan domestik, pertolongan kecemasan untuk kereta dan motosikal, pengurusan pihak ketiga, kebajikan pekerja dan pengurusan tuntutan, bantuan perjalanan, pendapat kedua untuk hal-ehwal perubatan, pusat perkhidmatan pelanggan, perkhidmatan rencam dan pengurusan kediaman.

Syarikat itu mengurus krisis dengan menyediakan pusat panggilan yang beroperasi tanpa henti. Pusat itu menyediakan perkhidmatan pelbagai bahasa. Ia bermula daripada menguruskan kempen pemasaran, penghantaran dan promosi sehinggalah memberi nasihat dan maklumat kepada perkhidmatan kesihatan dan bantuan. Klien boleh meletakkan kepercayaan kepada pusat panggilan itu memandangkan ia memantau dan mengurus panggilan suara, menu IVR (Respond Suara Interaktif) dan sistem pengurusan maklum balas emel.

Dengan reputasi yang memberangsangkan sebagai penyedia perkhidmatan perubatan, klien mereka dijaga dengan baik sepanjang tempoh daripada bantuan hospital, rujukan perubatan, pemindahan perubatan, pertukaran, dan penghantaran pasukan perubatan untuk lawatan prihatin.

Selain isu pandemik Covid-19, perubahan iklim ialah satu lagi isu yang memberi kesan kepada kita semua. Para pengembara bersikap waspada untuk melancong ketika musim cuaca ekstrem. Menyedari hakikat ini, GMCA menawarkan ramalan cuaca di bawah pakej bantuan perjalanan. selain perkhidmatan seperti pengurusan risiko, maklumat visa, kehilangan bagasi, rujukan kedutaan dan lain-lain perkhidmatan.

Tidak perlu diperkenalkan lagi, semua pihak arif tentang bantuan jalan raya. Antara nahas yang paling tragik membabitkan nahas motosikal dan kegagalan mekanikal yang menjejaskan pemilik kenderaan. GMCA menyediakan bantuan 24 jam kepada pelanggan sekiranya berlaku kerosakan kenderaan atau motosikal, di mana sahaja mereka perlukannya tanpa mengira waktu.

Perkhidmatan pengurusan pihak ketiga oleh GMCA memastikan layanan terbaik kepada pelanggan yang menerima rawatan daripada panel hospital syarikat. GMCA membantu syarikat insurans dan bekerjasama dengan jabatan sumber manusia dalam menghubungkan tuntutan pekerja atau pemilik polisi dengan penyedia kesihatan mereka di seluruh negara. Klien boleh menerima tuntutan tanpa keraguan memandangkan bil hospital akan diurus dan dijamin mengikut terma polisi individu dan syarat-syarat. Perkhidmatan ini termasuklah pengurusan kes, pengurusan kelulusan, surat jaminan dan rujukan hospital.

Tidak terhenti di situ, GMCA juga menyediakan perkhidmatan pendapat perubatan kedua. Sekiranya seseorang klien memerlukan jaminan keadaan kesihatannya, GMCA menawarkan semakan penuh diagnosis dan pelan rawatan klien oleh sekumpulan pakar tanpa perlu bersusah-payah. Pakar-pakar klinikal utama mereka berada dalam bidang onkologi, penjagaan primari, penyakit berjangkit, kardiologi, dan pulmonologi.

Syarikat itu juga menjadi sebahagian daripada keluarga klien kerana ia menawarkan perkhidmatan tugasan rencam yang boleh disesuaikan dengan kehendak pelanggan. Jika anda inginkan meluangkan masa dengan keluarga namun tidak sempat membuat persiapan, GMCA boleh menyenangkan urusan anda dengan menempah bilik hotel, restoran dan tiket penerbangan. Selain itu mereka juga boleh membeli tiket wayang, menyediakan jambangan bunga, dan perkhidmatan penghantaran hadiah.

Pernahkah anda berdepan masalah elektrikal atau paip di rumah dan anda tidak pasti siapa yang perlu anda hubungi? Adakah penyelesaiannya mengambil masa berbulan-bulan? Anda perlukan bantuan dan tidak tahu mana hendak cari? GMCA hadir bagi mententeramkan jiwa dan memberi harapan kepada pelanggan. Perkhidmatan yang ditawarkan di bawah penjagaan kediaman ialah perpaipan, elektrikal, kawalan serangga, kunci dan mangga, penghantaran gas masak, pembersihan rumah, penyelenggaraan pendingin hawa dan kerja-kerja pembaikian am.

Tuntasnya, GMCA merupakan penyedia perkhidmatan sehenti yang menawarkan khidmat pragmatik dan praktikal selari dengan moto syarikat ‘Grace, Mercy, Compassion dan Attentiveness’. Syarikat itu berikrar untuk menyediakan semua perkhidmatan tepat pada waktunya untuk memastikan bantuan sebaik mungkin untuk klein. Kepakaran bermutu tinggi, pasukan yang layak dan kakitangan profesional yang komited, etika kerja serta nilai yang tidak dikompromi dijunjung oleh GMCA dalam setiap perkhidmatannya.

Layari Facebook mereka @globalmedicallassistance.com atau emelkan pertanyaan ke ops@globalmedicallassistance.com untuk maklumat lanjut.

-NIAGATIMES

GMCA1 GMCA2

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.