Gojek Indonesia perkenal modul baharu latih usahawan wanita

Syarikat pengangkutan pintar terkemuka Asia Tenggara yang berasal dari Indonesia, Gojek telah mengadakan latihan Usahawan Gojek di Banyuwangi, Jawa Timur dengan fokus membantu golongan wanita menjana pendapatan melalui modul perniagaan.

Portal Inilah Koran melaporkan bahawa siri latihan tersebut yang diadakan baru-baru ini telah disertai seramai 170 pengusaha dari Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana (PMKS) di bawah naungan Muslimat Nahdlatul Ulama (NU) serta pertubuhan-pertubuhan Badan Nahdlatul Ulama (PBNU) yang menyasarkan mereka untuk berkembang menjadi usahawan digital.

Setiausaha Ekonomi untuk Ketua Pusat NU Muslimat, Umi Zahrok dan Pengerusi Cawangan NU Banyuwangi Muslimat, Ma’mulah Harun yang hadir mengetuai latihan bersama-sama Gojek pada siri itu telah berkongsi panduan mengenai kejayaan merangkumi perancangan perniagaan untuk menguruskan kewangan yang baik di samping menjana pendapatan tambahan.

Pengarah Urusan Korporat Daerah Gojek, Alfianto Domy Aji berkata, pihaknya sejak pertama kali datang ke Banyuwangi pada 2017 telah membuat perancangan untuk komited membantu pertumbuhan PMKS.

“Usahawan Gojek dikembangkan khusus oleh Gojek untuk mempercepatkan PMKS ke tahap lebih baik. Berbeza dengan latihan lain, kurikulum Usahawan Gojek secara khusus dirancang untuk mengatasi cabaran yang dihadapi oleh PMKS, terutamanya sewaktu memulakan perniagaan dan seterusnya meningkatkan skala usaha melalui teknologi digital,” katanya.

Gojek-Indonesia-Kredit-foto-Gojek-Indonesia.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.