Bagi meneruskan usaha membantu golongan kurang berkemampuan, Penerbitan Top10 Malaysia menganjurkan Cabaran Golf Mini 2019 di Sungai Long Golf & Country Club di Kajang, hari ini.

Program yang julung kali diadakan tersebut merupakan anjuran bersama CSR Malaysia dan NiagaTimes serta mendapat kerjasama dari EXIM Bank.

Cabaran golf terbuka ini telah disertai oleh ahli-ahli perniagaan tempatan yang terdiri daripada Pengarah Urusan, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ahli Lembaga Pengarah.

Dana terkumpul daripada program ini kelak akan diperuntukkan untuk sumbangan kebajikan pada program-program tanggungjawab sosial korporat di masa akan datang.

Cabaran Golf Mini 2019.jpg