Guna getah bekuan dalam bitumen, kerajaan rangsang ekonomi 500,000 pekebun kecil

Kerajaan komited untuk meneruskan usaha menambah pendapatan pekebun kecil getah setelah kabinet baru-baru ini bersetuju dengan cadangan Kementerian Perusahaan Perladangan dan Komoditi (KPPK) untuk memperluaskan penggunaan bitumen terubah suai getah bekuan (CMB) bagi pembinaan dan penyenggaraan jalan raya di seluruh negeri yang didaftarkan dalam Sistem Maklumat Rekod-Rekod Jalan Raya Malaysia (MARRIS).

Menteri KPPK, Datuk Dr. Mohd Khairuddin Aman Razali dalam satu kenyataan berkata, inisiatif tersebut adalah susulan kepada peruntukan sebanyak RM100 juta bagi turapan jalan raya mengunakan teknologi CMB yang telah siap sepenuhnya pada Mei 2020 merangkumi jalan raya sepanjang 202.68 kilometer di 106 lokasi.

โ€œPenggunaan CMB dalam adunan untuk menghasilkan asfalt terubah suai getah bekuan (CMA) dapat menambahkan kualiti dan prestasi keseluruhan bitumen melalui ciri-ciri kelikatan serta keanjalannya. Penambahbaikan ini meningkatkan daya tahan terhadap proses peredaran masa dan rintangan haba.

โ€œIni memberikan penjimatan terhadap keperluan menyenggara jalan akibat kerosakan seperti aluran, rekahan dan lubang dalam jangka masa panjang,โ€ katanya.

Tambah Khairuddin, anggaran penjimatan menyeluruh daripada aspek penyenggaraan bagi 1,000 kilometer adalah sebanyak RM167 juta atau 40 peratus lebih rendah berbanding penggunaan bitumen konvensional, sekiranya jangka hayat jalan CMB menjangkau 10 tahun.

โ€œPerluasan penggunaan CMB adalah antara usaha mengurangkan impak kejatuhan harga ke atas pendapatan pekebun kecil di negara ini khususnya, berikutan wabak Covid-19 melalui peningkatan permintaan terhadap bekalan getah domestik.

โ€œMenjadi harapan KPPK dengan penggunaan CMB dapat mencapai matlamat berkenaan di samping menggalakkan golongan penoreh getah untuk terus menoreh bagi menjamin pengeluaran bekalan getah secara berterusan,โ€ ujarnya.

-NIAGATIMES

Pekebun-getah-Gambar-hiasan.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.