Halal Street UK, Alliance Islamic tawar peluang ekonomi dan program khas PKS

Platform e-dagang Malaysia terbesar di United Kingdom (UK), Halal Street UK telah menjalin kerjasama dengan Alliance Islamic Bank (Alliance Islamic) bagi membantu Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) memasuki pasaran halal di negara tersebut.

Halal Street UK dalam satu kenyataan berkata, sebuah Memorandum Persefahaman (MoU) telah dimeterai kedua-dua pihak bagi memanfaatkan potensi dan peluang dalam industri halal melalui platform HalalStreet.co.uk, HalalExtra.com serta program Halal in One (HiO) yang telah dilancarkan oleh Ailiance Islamic pada awal tahun ini.

“MoU ini telah ditandatangani oleh Pengurus Operasi dan Pentadbiran Halal Street UK, Dauza Umat dan Ketua Pegawai Eksekutif Alliance Islamic Bank, Rizal Il-Ehzan Fadil Azim,” katanya, semalam.

Sementara itu, Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Halal Street UK, Simon Suresh berkata, usaha sama strategik ini sangat penting bagi Halal Street UK kerana ia mencerminkan keyakinan institusi kewangan terkemuka terhadap kekuatan dan potensi pertumbuhan mereka.

“Kami amat berbesar hati apabila Alliance Islamic tampil untuk bekerjasama bagi membantu PKS di Malaysia memasuki pasaran halal di UK dan memenuhi permintaan yang kian meningkat daripada lebih empat juta umat Islam yang yang menetap di sana,” jelasnya.

Selain daripada membolehkan Halal Street UK membangunkan senarai inventori PKS yang menghasilkan produk halal, kerjasama strategik antara kedua-dua pihak ini bertujuan untuk memacu pertumbuhan syarikat sebagai platform e-dagang berkonsep rentas sempadan yang mempromosi barangan Malaysia ke rantau Eropah.

-NIAGATIMES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.