Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bakal menganjurkan ekspo halal yang dikenali sebagai Halal Fiesta Malaysia atau HalFest 2019 pada 4 hingga 8 September ini bertempat di Pusat Pameran Mines (MIECC) Seri Kembangan, Selangor.

HalFest yang merupakan ekspo halal terbesar negara menyediakan 500 ruang pameran yang akan disertai oleh 450 buah syarikat dengan melibatkan produk-produk halal bukan sahaja makanan dan minuman, tetapi juga farmasuetikal, komestik, perbankan serta pelancongan patuh syariah.

Pelbagai aktiviti serta program menarik selama lima hari disediakan kepada orang ramai dengan fokus kepada usahawan atau individu yang berminat menjalanan perniagaan berasaskan industri halal disediakan sesi padanan niaga melibatkan lebih 70 peruncit.

Selain itu, terdapat juga aktiviti seperti ‘Chat industri halal’, klinik MyeHalal, program pembangunan usahawan ‘Be Halal’, ‘halal travel mart’ dan sesi demontratasi masakan.

Untuk sebarang maklumat lanjut mengenai HalFest 2019, sila layari laman web www.halfest.com atau laman sosial Facebook dan Instagram dengan carian ‘halfestjakim’.

Halfest.jpg