Dalam mana-mana perniagaan, aspek jualan adalah nadi yang boleh menentukan sama ada sesebuah bisnes yang diusahakan itu mampu berjaya atau tidak. Bukan semua usahawan memiliki bakat untuk berniaga. Justeru itulah ramai yang mencari mentor dan pakar motivasi sebagai pendorong untuk meraih jualan yang diidam-idamkan. Bagi Pengasas The Sales Ninja Group, Ng Kian Teat, atau lebih dikenali sebagai โMahaguruโ Hanzo Ng, dia antara pembimbing yang amat dikenali dengan sikap terbuka serta tidak lokek menurunkan ilmu jualan yang dimilikinya.
Sewaktu mula-mula menubuhkan syarikatnya, Hanzo banyak berdikari. Segala-galanya dilakukan olehnya bersendirian tanpa bantuan daripada mana-mana pihak. Kesukaran untuk memperkenalkan jenamanya, Sales Ninja, itu sendiri adalah ibarat cabaran misi โjualanโ yang mesti segera dilaksanakannya tanpa gagal. Secara tidak langsung ia mengajar malah memberikan pengalaman kepada Hanzo dalam memperhebatkan lagi ilmu jualannya.
โSaya masih ingat lagi, kemudahan akses internet pada masa dahulu sangat terhad. Apa yang saya buat? Saya bina pangkalan data sendiri dengan mengumpulkan maklumat-maklumat potensi klien yang mahu saya sasarkan di rekod dokumen saya. Jadi setiap hari, saya akan dapatkan maklumat klien di akhbar dengan merekodkan maklumat e-mel dan nombor mereka sebagai persediaan. Bermula dari itulah saya bina hubungan dengan klien-klien baharu dan buat Sales Ninja semakin dikenali.
โSyarikat saya yang kini telah beroperasi selama 11 tahun, komited membantu syarikat-syarikat kecil, sederhana, korporat, firma yang berminat mendapatkan tunjuk ajar di dalam jualan dan latihan.
โNamakan sahaja apa-apa pun cabang ilmu yang mereka mahukan, sama ada bimbingan eksekutif, latihan korporat, kepimpinan, kerja berpasukan, pengurusan, atau apa-apa sahaja yang berkaitan, saya terbuka sedia membantu,โ katanya.
Kredibiliti yang ditunjukkan oleh Hanzo cukup meyakinkan. Bukan calang-calang โsifuโ yang mampu membentuk lebih dari 12,000 jurujual di 800 syarikat dari 30 industri berbeza. Dia membuktikan tiada apa yang mustahil untuk dicapai sekiranya seseorang itu, lebih-lebih lagi usahawan, bercita-cita besar menetapkan hala tuju yang jelas di samping yakin kepada diri sendiri.
โUntuk berjaya dalam kepimpinan di bidang jualan, saya praktikkan dan kongsikan sembilan langkah yang perlu dilakukan. Pertama, anda mesti ada satu tujuan untuk dicapai. Bisnes untuk apa, dan apakah sasaran anda? Kalau boleh, biarlah ia juga realistik.
โKedua, ada wajib ada strategi untuk capai tujuan tadi. Ketiga, anda perlu ada sumber iaitu masa, wang dan tenaga kerja. Keempat, perlu analisa dan sedia berdepan cabaran sama ada dari segi pesaing, situasi perubahan bisnes dan sebagainya. Semua langkah ini saya letakkan di bawah kategori peringkat perancangan.
โSeterusnya adalah peringkat perlaksanaan. Iaitu kelima, komunikasi. Setiap perancangan perlu dijelaskan sebaik-baiknya kepada pasukan kerja. Jika tidak jelas, itu bermakna kepimpinan anda awal-awal telah gagal. Keenam pula, motivasi. Sentiasa berikan galakan dan dorongan kepada mereka di bawah anda. Ketujuh, analisis. Kita mesti tahu apa-apa sahaja masalah melibatkan pasukan kerja kita.
โLangkah kelapan ialah pembangunan. Sama ada latihan dan kejurulatihan, ia perlu kerap dilakukan untuk mengubah dan tingkatkan keupayaan pasukan anda menjadi lebih bagus. Dan terakhir yang kesembilan, meraikan. Jangan sesekali lokek untuk beri ganjaran dan penghargaan kepada kru anda. Banyak lagi yang boleh saya kongsikan. Nak tahu lanjut, layari sahaja laman web kami di salesninja.asia,โ ujar Hanzo.
-NIAGATIMES