Syarikat penghantaran barang runcit, HappyFresh mengukuhkan sokongannya terhadap rakyat Malaysia di kala mengharungi waktu yang sukar ini dengan meningkatkan usaha dalam menyediakan kemudahan buat pelanggan dan memastikan keselamatan mereka.
Ini termasuklah dengan mengambil pekerja yang diberhentikan untuk menambah pasukan penghantar barangan dan pembeli peribadi, melancarkan program sumbangan dan memperkenalkan caj penghantaran yang lebih rendah.
Pengarah Urusannya, Hu Hun Hui berkata, pihaknya bukan sahaja mengambil serius peranan menghubungkan komuniti dengan keperluan harian masing-masing, malah turut bertanggungjawab untuk membantu lebih ramai keluarga dan termasuklah melindungi pekerja sendiri.
โApatah lagi misi kami sememangnya untuk menyediakan dan menghantar barangan runcit yang dipilih kepada seramai mungkin keluarga di Malaysia.
โSelain itu, kami menyeru orang ramai supaya tidak melakukan pembelian panik untuk mengelakkan berlaku gangguan pada kecekapan dan stok bekalan di pasar raya,โ katanya dalam satu kenyataan.
Tambah Hu, HappyFresh sering mencuba pelbagai cara untuk menjadikan pengalaman penghantaran barangan runcit lebih selamat dan lebih mudah untuk pelanggan.
โDengan 373 pasar raya dan kedai khusus untuk dipilih di seluruh Lembah Klang, Melaka, Pulau Pinang, Johor Baru dan Ipoh, HappyFresh mengambil alih kerumitan membeli-belah barangan runcit daripada anda dan membawakan pengalaman terbaik terus ke rumah tanpa mempertaruhkan risiko terkena jangkitan Covid-19.
โKami menggalakkan pelanggan untuk sentiasa peka dengan promosi dalam aplikasi kerana kami sering memberikan diskaun dan kod promo harian untuk memberi lebih nilai kepada pelanggan,โ ujarnya.
Bagi menawarkan lebih banyak kemudahan dan penjimatan kepada pelanggan, HappyFresh kini telah mengurangkan caj penghantaran serendah RM4.
Penghantaran percuma pula disediakan untuk pelanggan HappyFresh yang baharu dan lama apabila mereka membuat pembelian melebihi nilai tertentu di mana-mana pasar raya.
-NIAGATIMES