HKTDC naik taraf platform sumber dalam talian Autumn Sourcing Week

Hong Kong Trade Development Council (HKTDC) menaik taraf platform hktdc.com dalam saat-saat menjelangnya Autumn Sourcing Week, satu pameran perdagangan dalam talian berskala besar yang akan berlangsung esok hingga 27 November 2020.

Penaiktarafan platform ini akan membantu pedagang antarabangsa beralih kepada model penyumberan digital dan merebut peluang perniagaan di China serta rantau Asia yang lebih luas dalam kebiasaan baharu pasca-pandemik ini.

Timbalan Pengarah Eksekutif HKTDC, Benjamin Chau berkata, pandemik Covid-19 telah mengakibatkan pembatalan atau penjadualan semula kira-kira 4,000 pameran fizikal di serata dunia, lalu menjejaskan urus niaga yang bernilai anggaran US$296 bilion.

“Pada masa yang sama, perusahaan merebut peluang untuk mencabar kaedah konvensional dalam mengusahakan dan membangunkan saluran penyumberan serta pemasaran baharu.

“Pandemik ini telah mengubah corak penyumberan untuk banyak syarikat dan mempercepatkan transformasi rantaian bekalan global,” katanya.

Sebagai pelopor dalam penyumberan digital, HKTDC memperkenalkan platform pemasaran perniagaan ke perniagaan (B2B) berskala besar yang pertama di Hong Kong, hktdc.com, sejak tahun 2000.

Sehingga kini, platform berkenaan telah menghimpunkan lebih daripada 130,000 pembekal dan 2 juta pembeli, melancarkan 24 juta hubungan perniagaan setahun dengan sokongan daripada 50 pejabat global HKTDC.

-PR NEWSWIRE

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.