Hong Leong perkenal eToken pemudah niaga korporat dan PKS

Hong Leong Bank, sejajar dengan pelan tindakan pendigitalannya, memperkenalkan eToken yang baharu, selamat dan lancar untuk pelanggan korporat serta perusahaan kecil dan sederhana (PKS).

Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Hong Leong Domenic Fuda berkata dengan HL ConnectFirst eToken, pelanggan korporat dan PKS kini boleh menikmati pengalaman perbankan yang lancar, tanpa perlu membawa token fizikal.

“eToken juga akan disepadukan dengan aplikasi perbankan mudah alih HL ConnectFirst yang akan datang di telefon pintar, sekali gus mengurangkan halangan dalam proses urus niaga dalam talian dan perbankan am.

“Pelanggan korporat dan PKS hanya perlu mengesahkan urus niaga di peranti mudah alih yang didaftarkan dengan satu tap,” kata Fuda dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata berdasarkan strategi teras digitalnya, Hong Leong komited untuk membangunkan penyelesaian yang inovatif dibina mengikut keperluan dan pilihan pelanggannya, memastikan produk dan perkhidmatannya memberikan pengalaman yang selamat, mudah dan lancar kepada pelanggan.

“Teknologi pengenalan wajah berkembang kepada tahap yang dapat memberikan ketepatan yang tinggi, pantas dan selamat untuk digunakan dalam pelbagai aplikasi.

“HL ConnectFirst eToken yang baharu sedemikian dan merangkumi janji kami untuk terus kukuh dan menjadi rakan kongsi yang penting kepada pelanggan korporat dan PKS kami,” katanya.

-BERNAMA

eToken-HL.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.