MDC Asia Link Berhad (MDC), syarikat yang terbabit dalam perkhidmatan kesihatan melangkah setapak lagi ke hadapan dengan pembukaan semula secara rasmi Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi, Kota Damansara, Selangor bermula 20 Mac 2022.
MDC ketika ini mempunyai lebih 14 rangkaian klinik pergigian My Dental Care di sekitar Lembah Klang, farmasi serta aplikasi mudah alih Hi-Doktor dengan inisiatif Digital Health Citizen (DHC).
Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif MDC, Dr. Aslan Bacho berkata, dengan berkonsepkan โBeyond Healthcareโ iaitu melangkaui dunia kesihatan, syarikatnya mempunyai visi ke arah menjadi โA Leading Halal Healthcare Solution Provider In Southeast Asiaโ iaitu sebagai peneraju halal di dalam perkhidmatan kesihatan yang ditawarkan.
Beliau berkata, pembukaan semula Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi Kota Damansara ini adalah permulaan kepada langkah kumpulan untuk terus memperkukuhkan kehadiran di dalam sektor kesihatan halal di Malaysia dan seluruh rantau ini.
โLangkah kumpulan mengambil alih dan memberi wajah baru kepada hospital ini adalah batu loncatan ke arah pembukaan lebih banyak hospital berkonsepkan hospital ibu dan anak di seluruh negara pada masa akan datang.
โKetika ini kumpulan mempunyai beberapa hospital yang berpotensi untuk diambil alih atau mengambil sebahagian besar kepentingan di dalamnya,โ katanya selepas majlis perasmian pembukaan Hospital Bersalin dan Poliklinik Pusrawi, di Kota Damansara hari ini.
Majlis dirasmikan oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun.
-NIAGATIMES