Hotel Elcient Osaka kini beroperasi, tarikan baharu di Jepun

Hotel Elcient Osaka telah mula dibuka di Sonezaki, Osaka, pada 1 Ogos 2020 baru-baru ini dengan lokasinya boleh diakses secara terus dari Lapangan Terbang KIX ke Stesen JR Osaka, yang berada dalam jarak berjalan kaki.

Tarikan penginapan baharu Jepun ini turut mempunyai akses yang sangat baik ke Kyoto, Nara, Kobe dan Wakayama sekaligus menjadikannya sebuah lokasi yang ideal untuk mengunjungi ke tempat-tempat Warisan Dunia UNESCO dan tempat-tempat tarikan pelancongan.

Kawasan Sonezaki terkenal sebagai sebuah ‘bandar gourmet’ bertenaga yang melambangkan Osaka sebagai sebuah tempat di mana penggemar makanan tempatan datang untuk menjamu selera.

Terdapat tempat-tempat melawat dan hiburan yang berbeza untuk menikmati gandingan yang sempurna bagi budaya pop moden dan kerohanian purba. Pengunjung boleh menikmati seni persembahan tradisional seperti Ningyo Joruri, Rakugo, Kabuki dan Noh.

Setelah meninggalkan hotel itu, tetamu akan menemui Tsuyu no Tenjinjya atau Ohatsutenjin, sebuah tempat kerohanian popular yang mempunyai sejarah lebih dari 1,300 tahun. Tsuyu no Tenjinjya adalah pentas bagi Sonezaki Shinju (Pembunuhan Diri Berganda bagi Sonezaki), sebuah cerita cinta murni berdasarkan kisah benar yang telah berlanjutan sejak zaman Edo.

Pengurus Besar bagi Hotel Elcient Osaka, Kazuya Shintani berkata, pihaknya menghargai setiap petugas kesihatan, komuniti setempat dan kerajaan Jepun yang menghadapi cabaran sukar untuk bertindak balas terhadap Covid-19, bekerja di barisan hadapan untuk menanganinya.

“Kami tidak akan dapat membuka Hotel Elcient Osaka tanpa mereka. Kami akan sentiasa berjaga-jaga terhadap situasi Covid-19 dan mengambil langkah-langkah yang sewajarnya.

“Langkah pengawasan telah dibuat untuk memastikan penginapan yang sihat dan selamat bagi tetamu kami,” katanya.

-NIAGATIMES

Hotel-Elcient-Osaka.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.