HSBC Amanah lancar ciri khas kad kredit ESG Charity baharu

HSBC Bank Malaysia Bhd kini memperkenalkan Alam Sekitar, Sosial dan Tadbir Urus (ESG) sebagai ciri khas ESC Charity pada Kad Kredit HSBC Amanah baharu sekaligus menjadikan mereka sebagai bank antarabangsa Islam pertama di Malaysia yang menghubungkan ciri amal dengan kad kredit plastik kitar semula.

Ketua Pegawai Eksekutif HSBC Amanah, Oz Ahmed berkata, institusinya bertanggungjawab terhadap pelanggan, pekerja dan komuniti dalam lingkungan perkhidmatan untuk seiring mampan mencapai kejayaan dalam pertumbuhan ekonomi jangka panjang.

โ€œKelestarian dapat membolehkan organisasi mencipta prestasi kewangan, dan pada masa yang sama mencapai kesan persekitaran dan sosial yang positif.

โ€œDan ciri amal ESG baru kami menepati matlamat ini setelah kami mencipta ciri inovatif baru untuk kad kredit yang membolehkan kami untuk membuat perbezaan yang mampan kepada masyarakat dan persekitaran.

“HSBC Amanah juga adalah dalam Kumpulan HSBC yang pertama melancarkan kad kredit diperbuat daripada 85 peratus plastik kitar semula bermula Januari 2021,โ€ katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Melalui ESG Charity, HSBC akan menyumbang 1.0 peratus daripada sumbangan amal yang dibelanjakan oleh pemegang Kad Kredit HSBC Amanah kepada empat badan amal atau organisasi bukan berteraskan keuntungan tempatan yang terpilih iaitu Global Environment Centre, Yayasan Chow Kit, Yayasan Pintar dan Pertiwi Soup Kitchen.

-NIAGATIMES

HSBC-Amanah-kad-kredit.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.