Huawei, Awantec ke arah memperkasakan digitalisasi sektor awam

Sektor awam tempatan bakal menerima suntikan baharu dalam pendigitalan setelah kerjasama antara Huawei Technologies Sdn. Bhd. (Huawei) dan AwanBiru Technology Berhad (Awantec) mencapai persetujuan untuk membangunkan produk dan perkhidmatan Huawei Cloud serta Kecerdasan Buatan (AI) sektor berkenaan.

Huawei dalam kenyataan berkata, pelaksanaan digitalisasi tersebut akan melibatkan fasa persekutuan dan negeri, badan berkanun Malaysia, syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan organisasi komersial.

“Huawei akan mengambil peranan sebagai Penyedia Perkhidmatan Awan dan AI, menawarkan produk dan perkhidmatan awan seperti Infrastruktur sebagai Perkhidmatan (IaaS), Platform sebagai Perkhidmatan (PaaS), Perisian sebagai Perkhidmatan (SaaS) dan Lain-lain sebagai Perkhidmatan (XaaS),” katanya.

Sementara itu, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Awantec, Dr. Abu Hassan Ismail berkata, penjajaran strategik ini meletakkan Awantec di hadapan dalam mengendalikan Pengkomputeran Awan seperti saranan kerajaan yang mahukan peningkatan digitalisasi negara.

“Pengalaman kami selama bertahun-tahun dalam mengukuhkan sinergi kedua-dua perkhidmatan kitaran teknologi dan bakat akan memanfaatkan lagi kerjasama ini.

“Kami berharap dapat membuka peluang, latihan dan membina pasukan tenaga kerja teknikal dan kompeten bersama-sama Huawei di Malaysia.

“Kami telah membina reputasi kami sebagai rakan kerajaan yang dipercayai dan kami ingin meneruskannya sewaktu negara memulakan dasar awan pertama kelak,” katanya.

-NIAGATIMES

huawei-awantec-enter-partnership.jpg

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.