Huawei Cloud perkenal AI dan rantaian blok baharu di Hong Kong

Menganjurkan Sidang Kemuncak Awan 2019 di Hong Kong baru-baru ini, Huawei mengumumkan ia melabur secara strategik dalam bandar dan wilayah ini untuk menyumbang kepada pembangunan ekonomi Kawasan Teluk Lebih Besar dengan membantu perusahaan-perusahaan mendepani masa depan pintar melibatkan pengkomputeran awan dan kecerdasan buatan (AI).

Sidang Kemuncak ini menghimpunkan lebih 1,000 pelanggan, rakan kongsi, wakil industri dan ilmuwan dari Hong Kong, Guangdong dan Macau.

Menjadi tumpuan di Sidang Kemuncak Awan, Edward Deng, Presiden Pasaran Global Awan Huawei, mendedahkan beberapa ciri serta kelebihan Huawei Cloud baharu.

“Huawei Cloud mempunyai enam kelebihan utama: paling pintar, paling berkesan kos, neutral dan andal, paling sesuai untuk organisasi-organisasi dalam sektor awam dan perusahaan-perusahaan besar, ekosistem paling luas dan perkhidmatan serta sokongan yang terbaik dalam kelasnya.

“Enam kelebihan utama ini dibina atas usaha-usaha penyelidikan dan pembangunan (R&D) teragregat Huawei dan nilai terasnya dalam merealisasikan penumpuan pelanggan,” kata Deng. – PR NEWSWIRE

Edward Deng ketika berucap pada Sidang Kemuncak Awan 2019.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.