Huawei perkenal Pro V6 SAP HANA bantu transformasi digital bisnes

Huawei telah melancarkan penyelesaian FusionServer Pro V6 SAP HANA di Huawei Connect 2020, baru-baru ini. Tetamu-tetamu daripada SAP, Intel dan SUSE menghadiri upacara pelancaran dan menyampaikan ucapan mengenai perjalanan inovatif mereka bersama Huawei sepanjang tahun serta jangkaan masa depan bagi projek-projek bersama.

Huawei dalam satu kenyataan berkata, Penyelesaian Huawei FusionServer Pro V6 SAP HANA, merangkumi siri FusionServer Pro proprietari berasaskan x86 dan pangkalan data dalam-memori SAP HANA, menampilkan prestasi tinggi, keandalan tinggi dan pengembangan yang lancar, memperkasa perusahaan untuk mengumpul nilai data tepat pada masanya untuk lebih banyak peluang perniagaan.

“FusionServer Pro 2488H V6 generasi seterusnya menempatkan empat pemproses Boleh Skala Intel Xeon Generasi ketiga, dengan 48 DDR4 DIMM, 11 slot PCIe 3.0 dan sehingga dua puluh lima pemacu 2.5-inci untuk storan setempat dan beroperasi dengan memori berterusan (PMem) 200 siri Intel Optane bagi menyediakan kuasa pengkomputeran yang unggul, kapasiti memori yang lebih besar dan konfigurasi yang lebih fleksibel,” katanya.

Jelas Huawei lagi, permintaan yang semakin meningkat terhadap pemprosesan data ialah sesuatu yang dijangkakan dengan popularisasi teknologi seperti 5G, AI dan IoT.

“Huawei akan terus bekerjasama dengan rakan kongsinya seperti Intel, SAP serta SUSE dan melancarkan produk dan penyelesaian yang inovatif serta kompetitif dengan prestasi dan kualiti lebih tinggi, menerajui gelombang digital global dan memudahkan transformasi digital perusahaan,” ujarnya.

-PR NEWSWIRE

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.