I-Berhad, Wyndham lancar Wyndham Suites KLCC yang pertama

I-Berhad, pembangun Bandar Teknologi i-City di Shah Alam, bekerjasama dengan rangkaian hotel terbesar di dunia, Wyndham Hotels & Resorts untuk menguruskan kondominium mewah bernilai RM820 juta GDV di Kuala Lumpur City Centre (KLCC).

Melalui kerjasama ini, kediaman mewah 50 tingkat di Zon 1 KLCC kini dikenali sebagai Wyndham Suites KLCC.

Menurut Pengerusi I-Berhad, Tan Sri Lim Kim Hong, kerjasama strategik ini bukan sekadar menjanjikan gaya hidup mewah kepada pelabur hartanah, tetapi juga memberi peluang kepada mereka untuk memiliki sebahagian dari warisan Wyndham yang sering dikaitkan dengan pengalaman 5 bintang dan perkhidmatan yang luar biasa.

Wyndham terkenal dengan kualiti dan perkhidmatannya, dengan portfolio global melebihi 9,000 hotel yang memastikan keselesaan bertaraf dunia. Beroperasi di 95 negara, program kesetiaan Wyndham Rewardsnya memiliki lebih daripada 100 juta ahli, memberikan akses kepada pelanggan global yang pelbagai.

Semasa menandatangani perkongsian hari ini, Lim berkata, “I-Berhad telah mengambil satu lagi langkah untuk maju kehadapan dan kami sangat gembira untuk bergabung tangan dengan Wyndham Hotels & Resorts untuk mengubah Wyndham Suites KLCC.

“Ini bukan sahaja dapat meningkatkan reputasi dan kebolehlihatan jenama Kumpulan I-Berhad secara keseluruhan, malah rangkaian global Wyndham juga akan menyediakan platform kukuh bagi projek GDV RM10 bilion kami di i-City Shah Alam, untuk mendapatkan jejak-kaki antarabangsa.”

Beliau menjelaskan bahawa Wyndham Suites KLCC akan menarik keluarga, golongan professional dan pelancong dari seluruh dunia ke Kuala Lumpur melalui ekosistem Wyndham Rewards.

“Antara November tahun ini dan Januari tahun depan, i-City bakal menjalankan program One Shah Alam, One Destination yang bertujuan untuk memberi pengunjung pengalaman Shah Alam yang terbaik dalam satu destinasi tunggal. Program ini akan memberi tumpuan kepada landskap cahaya, pengalaman edutainment immersif dan acara penglibatan komuniti. I-Berhad telah melabur RM10 juta untuk peningkatan landskap cahaya dan pusat edutainment immersif, termasuk Immersive Winterland 5D dan arena sukan dalaman seluas 50,000 kaki persegi.โ€

โ€œDengan aktiviti-bersama, kemasukan pengunjung ke Wyndham Suites KLCC secara semulajadi dapat disalurkan ke i-City di Shah Alam, yang jaraknya hanya 30 minit melalui jalanraya. Ini akan meninggalkan kesan positif terhadap sektor pelancongan Kuala Lumpur dan Selangor,” kata Lim.

Beliau menambah bahawa ini juga akan meningkatkan prestij dan daya tarikan kepada pembangunan i-City dan sekaligus meningkatkan nilai hartanah dan menarik pelanggan yang berdaya-beli lebih tinggi serta dari seluruh pelosok dunia ke i-City.

-NIAGATIMES

Pix-1.jpeg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.