IcloudModel fokus usaha revolusi sesi fotografi e-dagang fesyen

Pengurusan model pertama di dunia yang menggunakan kecerdasan buatan untuk mewujudkan penyelesaian di luar kotak bagi pereka fesyen dan jenama-jenama China, iCloudModel menyasarkan untuk membuat imej yang realistik dan berkualiti tinggi bagi e-dagang fesyen.

Perkongsian bagi iCloudModel (ICM) dan Mad Street Den (MSD) telah disepakati apabila pandemik Covid-19 telah memberi kesan kepada hampir semua perniagaan. Pandemik itu telah menyebabkan peningkatan gangguan di dalam mobiliti bagi model antarabangsa.

Pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif bagi ICM, David Lim berkata, pihaknya merakamkan model-model antarabangsa di lokasi tanpa perlu mempunyai model di China melalui teknologi berkenaan.

“Pelanggan merakamkan pakaian mereka sendiri pada sebuah boneka pakaian pada bila-bila masa di lokasi mereka.

“Pusing ganti itu dapat dilakukan secepat 24 jam dan menelan belanja 25 peratus lebih murah berbanding dengan produksi penggambaran tradisional,” katanya.

Sementara itu, Ketua Pegawai Sains, Dr. Costa Colbert berkata, Teknologi Generative Adversarial Networks itu dapat memahami bagaimana rupa pakaian dan menggambarkan ia pada seorang model, malah juga menunjukkan betapa realistiknya model-model digital yang dijanakan oleh A.I.

“Setiap model di dalam perpustakaan itu adalah sebuah model yang sangat sesuai; didigitalkan untuk dunia maya, termasuk ukuran, bentuk, dan postur mereka.

“Dengan menggunakan kecerdasan buatan, teknologi itu mengubah pakaian pada imej model dengan mengambil kira bentuk semula jadi, kelainan dan kedudukan badan,” jelasnya.

China mempunyai pengguna mudah alih yang paling ramai dan lebih banyak aktiviti e-dagang berbanding negara lain di dunia.

Menurut Digital Market Outlook, segmen pakaian e-dagang fesyen diramal akan mencapai pendapatan sebanyak $169 bilion pada tahun 2020 sehingga kepada $256 bilion pada tahun 2024.

-NIAGATIMES

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.