Credit Guarantee Corporation Malaysia Berhad (CGC) telah memperkenalkan imSME yang berperanan sebagai platform rujukan dalam talian pertama di Malaysia bagi pembiayaan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS).

Pelancaran imSME adalah selaras dengan perniagaan teras CGC yang bertujuan untuk membantu dan memudahkan golongan PKS bagi mendapatkan akses kepada pelbagai pilihan produk dan perkhidmatan pinjaman yang ditawarkan oleh bank dan agensi yang terlibat.

Perkhidmatan imSME bertindak menghubungkan usahawan dengan bank yang terlibat dan seterusnya memadankan keperluan perniagaan dan profil mereka dengan pembiayaan perniagaan PKS yang bersesuaian secara lebih pantas dan mudah.

Selain itu, CGC turut menubuhkan Pasukan Penasihat Kewangan imSME berpengalaman untuk menyemak profil PKS dan menyediakan kaunseling yang komprehensif mengenai kewangan dan bimbingan perniagaan bagi meningkatkan peluang mereka untuk mendapatkan pinjaman.

Dengan tunjuk ajar pakar-pakar daripada rakan kerjasama terlibat, program latihan yang bersesuaian akan disediakan sebagai rujukan bagi meningkatkan keupayaan dan kecekapan PKS. Untuk mendaftar atau dapatkan sebarang maklumat lanjut, sila layari laman web imsme.com.my .

imSME platform.png