Indeks Pasaran Baharu Agility kini dikuasai negara Asia Pasifik

Penilai sukatan daya saing yang luas berdasarkan kekuatan logistik dan asas perniagaan, Indeks Logistik Pasaran Baharu Agility ke-12 menyaksikan negara-negara Asia Pasifik kini mendahului kesemua wilayah-wilayah pasaran baharu dengan dominasi dari negara China, India dan Indonesia berjaya menduduki tempat teratas dalam kalangan pasaran baharu dunia.

Indeks ini membandingkan 50 negara berdasarkan faktor-faktor yang menjadikannya menarik bagi penyedia logistik, syarikat penghantaran barang, rantaian penghantaran, syarikat penerbangan dan pengedar kargo udara.

Agility Logistics Pte Ltd dalam kenyataan berkata, di antara negara-negara ASEAN, Vietnam naik tiga tempat ke tangga ke-8 secara keseluruhan. Manakala, Indonesia (3), Malaysia (5) dan Thailand (11) kukuh di tempat masing-masing dan Filipina naik satu tempat ke nombor 21.

“Hanya dua negara iaitu China dan Vietnam mencatat pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) positif untuk tahun 2020 setelah dilanda kejatuhan ekonomi lebih awal akibat wabak COVID-19.

“Gangguan bekalan pada awal tahun 2020 di China mendorong beberapa persoalan apakah ia akan menyebabkan beberapa pengusaha multinasional keluar dari negara itu dalam usaha untuk mempelbagaikan sumber dan pengeluaran.

“Tetapi 1200 eksekutif industri logistik yang dikaji selidik untuk Indeks Agility menunjukkan sedikit keinginan untuk keluar dari China atau pasaran lain, lebih memilih dengan margin 2:1 untuk melindungi rantaian bekalan mereka dengan mempercepatkan penggunaan alat dan teknologi digital (41.3 peratus) berbanding dengan melaksanakan strategi ‘multi-shoring’, ‘near-shore’ atau ‘reshoring’ (21.9 peratus),” katanya.

Tambah kenyataan itu lagi, lebih banyak responden memilih Vietnam sebagai hab pengeluaran pilihan daripada negara lain (19.6 peratus) daripada mereka yang akan mempertimbangkan untuk keluar dari China.

“Pasaran Asia lain iaitu India (17.4 peratus), Indonesia (12.4 peratus), Thailand (10.3 peratus) dan Malaysia adalah pilihan utama seterusnya.

“Hanya 7.8 peratus eksekutif industri mengatakan pemindahan pengeluaran dari China bererti berpindah ke negara asal,” jelasnya.

-NIAGATIMES

Kargo-dan-logistik-Gambar-hiasan.jpg

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.