Industri kraf bakal raih manfaat Hub Digital Kraf

0
31

Industri kraf negara bakal menerima suntikan baharu melalui projek perintis platform digital Hub Digital Kraf Malaysia yang dikelolakan oleh Kraftangan Malaysia dalam merancakkan lagi pasaran kraftangan di negara ini untuk menyumbang ekonomi negara.

Ketua Pengarah Kraftangan Malaysia, Ibrahim Ismail berkata, projek tersebut yang memakan belanja sebanyak RM20 juta akan memberi fokus terhadap penglibatan aktiviti di dalam ekonomi, pendidikan, serta pembelajaran kraf berdasarkan kemudahan capaian data dan maklumat terkini tanpa sempadan.

“Kita telah merancang untuk mengadakan platform digital selari dengan perkembangan Revolusi Perindustrian Keempat (RI 4.0), dengan capaian yang lebih mudah, agar dapat membuka peluang kepada penduduk luar bandar terutamanya di kawasan pendalaman Sabah dan Sarawak.

“Dengan adanya teknologi ini, masyarakat boleh belajar di negeri mereka sendiri. Secara tidak langsung, ia turut menarik lebih ramai golongan muda untuk mempelajari industri kraf,” katanya kepada pemberita selepas menghadiri Hari Kraf Kebangsaan 2020 di Kompleks Kraf Kuala Lumpur, baru-baru ini.

MENINGGALKAN SUATU JAWAPAN

Please enter your comment!
Please enter your name here

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.