Industri sawit Malaysia mencatatkan prestasi yang lebih baik untuk tahun ini yang dijangka berterusan hingga 2023, kata Ketua Pengarah Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Dr. Ahmad Parveez Hj. Ghulam Kadir.
Menurutnya, beberapa faktor mungkin dikaitkan dengan jangkaan prestasi yang lebih baik, terutamanya permintaan yang lebih kukuh untuk minyak sawit.
Parveez berkata konflik Russia-Ukraine yang berterusan memberi impak rantaian bekalan minyak bunga matahari di seluruh dunia, menyebabkan lonjakan permintaan minyak sawit sebagai pengganti minyak bunga matahari.
Kenaikan harga minyak kacang soya dan minyak mentah Brent di pasaran dunia juga merupakan faktor penyumbang yang mungkin memberi kesan kepada prestasi minyak sawit kita, katanya.
โOleh itu, kami menjangkakan harga purata minyak sawit mentah (MSM) pada RM5,100 satu tan untuk tahun ini, 15.7 peratus lebih tinggi berbanding RM4,407.00 satu tan pada 2021,โ katanya.
Harga purata MSM bagi Januari hingga November 2022 ialah RM5,167 satu tan, meningkat 18.4 peratus berbanding RM4,363 satu tan bagi tempoh yang sama pada 2021.
Harga MSM mengalami penurunan mulai suku ketiga tahun ini berikutan musim pengeluaran MSM yang tinggi, peningkatan stok minyak sawit dan penurunan harga minyak kacang soya.
โJusteru, kami menjangkakan harga MSM akan stabil pada purata RM3,800 satu tan pada 2023. Ini berdasarkan jangkaan pengeluaran minyak sawit yang lebih tinggi, keadaan cuaca yang dijangka bertambah baik terutamanya pada separuh kedua tahun depan dan ketersediaan bekalan minyak sayuran utama yang lain yang dijangka lebih tinggi.
โSementara itu, harga minyak kacang soya yang dijangka rendah berikutan pengeluaran tinggi di Brazil dan Amerika Syarikat juga dijangka memberi impak kepada harga MSM. Selain itu, pengukuhan Ringgit Malaysia berbanding Dolar AS juga dijangka menjejaskan harga MSM,โ jelasnya.
-NIAGATIMES