Industri perkayuan terima insentif baharu

Kementerian Industri Utama melalui agensinya telah menyediakan pelbagai insentif terkini bagi menyelia pemain industri perkayuan mengenal pasti potensi sumber bekalan mentah baharu dalam menggandakan lagi peluang pasaran eksport industri tersebut pada tahun hadapan.

Menterinya, Teresa Kok berkata, Program Bantuan Import (IAP) yang dilaksanakan agensinya iaitu Majlis Kayu-Kayan Malaysia (MTC) setakat ini telah berjaya membantu syarikat berasaskan kayu tempatan menambah bekalan bahan mentah kayu masing-masing sejak ia diperkenalkan bermula tahun 2004.

โ€œSaya difahamkan MTC telah menaikkan jumlah insentif program tersebut daripada RM5 juta menjadi RM7 juta pada tahun ini. Bukan sekadar menambah bekalan, IAP juga sebenarnya menggalakkan lagi pembangunan Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS) industri perkayuan seiring terlibat dalam pengeluaran produk hiliran yang mempunyai nilai tambah untuk pasaran domestik dan eksport. ย 

โ€œSelain itu, kita juga telah melancarkan program Insentif Kewangan untuk Pembelian Jentera (FIPM) sejak Disember 2017 bagi menggalakkan PKS sektor perkayuan mengaplikasikan teknologi terkini dalam mekanisasi dan automasi berdasarkan operasi yang dijalankan,โ€ katanya ketika berucap pada Persidangan Kayu-Kayan Malaysia di Hotel Le Meridien, hari ini.

 

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.