Industri tekstil terima suntikan tambahan

Harapan untuk melihat industri reka bentuk tekstil kukuh di pasaran tempatan dan antarabangsa nampaknya cerah setelah Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) berhasrat menubuhkan sebuah badan khas bagi menyelia dan menguruskan hala tuju industri tersebut.

Badan yang dikenali dengan nama Persekutuan Reka Bentuk Tekstil itu nanti akan bertindak sebagai kesatuan yang membantu usahawan-usahawan fesyen membina kerjaya dan masa depan mereka secara lebih sistematik.

Setiausaha Agung MITI, Datuk Isham Ishak berkata, usahawan-usahawan fesyen berhak mengembangkan lagi bakat mereka dan pada masa yang sama juga merancakkan momentum pertumbuhan ekonomi Malaysia.

โ€œKami akan merancang satu kerjasama daripada pihak kerajaan dan swasta untuk membimbing para usahawan fesyen yang aktif di dalam persekutuan selaras membangunkan masa depan yang cerah bagi industri reka bentuk tekstil,โ€ jelasnya semasa ucaptama pada Persidangan Reka Bentuk dan Fesyen 2018 baru-baru ini.

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.