Infinity Ventures Crypto (IVC) telah mengumumkan penutupan bagi dana sulung mereka yang ditetapkan pada $70 juta.
Tumpuan bagi dana itu adalah untuk memulakan dan mempercepatkan pertumbuhan bagi inovasi GameFi, DeFi dan Web 3 global.
Sebagai dana paling aktif di Asia yang menyasarkan industri kripto yang berkembang pesat di rantau itu, IVC disertai oleh syarikat-syarikat berwajaran tinggi seperti Circle, Digital Currency Group dan Animoca Brands.
Sejak penubuhannya pada Ogos 2021, IVC telah menyuntik modal dan kepakaran ke dalam 78 syarikat portfolio.
Dengan pengalaman selama 13 tahun di dalam modal teroka tradisional di bawah dana seinduk Headline Asia, IVC memanfaatkan rangkaian global mereka untuk memperkasakan syarikat permulaan blok rantai di seluruh dunia, termasuk yang berada di Asia Tenggara, Taiwan, Jepun, Amerika Syarikat dan lain-lain.
“Sebagai jambatan di antara Timur dan Barat, kami mengambil satu pendekatan yang lebih aktif dengan mengumpulkan pasukan yang terdiri daripada pakar-pakar tempatan untuk menyemarakkan pertumbuhan syarikat portfolio kami,” kata Rakan Kongsi IVC, Brian Lu.
Pelaburan pertama IVC ialah Yield Guild Games (YGG), sebuah persatuan permainan main-untuk-dapat yang beribu pejabat di Filipina dan DAO yang melabur dalam NFT.
IVC dan YGG bergabung bersama untuk membina dan menginkubasi subDAO pertama mereka, YGG SEA, yang akan membantu menyediakan sokongan setempat di seluruh rantau Asia Tenggara.
-NIAGATIMES