Dalam dunia di mana sempadan tidak lagi menjadi batas dan pertumbuhan ditentukan oleh kehadiran dalam talian, Infobip ingin menjadi rakan kongsi ideal dalam menyokong perjalanan digitalisasi untuk syarikat pemula melalui program Infobip Startup Tribe.
Inisiatif ini telah menerima minat yang meluas daripada syarikat pemula dari pelbagai industri sejak ia dilancarkan di peringkat antarabangsa pada bulan Mei 2021.
Kini, Infobip membawa program Startup Tribe ke Asia Pasifik (APAC).
Rantau APAC telah dipilih sebagai fokus seterusnya oleh Infobip Startup Tribe kerana ia sudah menjadi pusat kepada banyak syarikat pemula yang terkenal, berinspirasi tinggi serta kreatif.
Matlamat Infobip di APAC adalah untuk mengembangkan komuniti syarikat pemula dan membantu meningkatkan pertumbuhan dengan sokongan komunikasi yang memenuhi keperluan mereka.
Syarikat pemula yang layak menyertai program ini akan menerima tawaran bernilai seperti:
– Kredit yang lumayan kepada perniagaan untuk mencuba produk Infobip
– Perkhidmatan akses terus kepada Majlis Penasihat unik yang terdiri daripada para pelabur dan usahawan terkemuka di seluruh dunia
– Peluang untuk menubuhkan pejabat di mana-mana 65+ pejabat antarabangsa Infobip
– Peluang untuk mempamerkan dan membentangkan idea di Infobip Shift, sebuah persidangan antarabangsa untuk pembangun dan sering dikunjungi oleh para pelabur dan pemodal teroka
Selain itu, Infobip juga telah mengesahkan kerjasama dengan pemecut terkemuka dunia seperti Y Combinator, 500 Startups, TechStars dan dana modal teroka (VC) yang lain.
Syarikat pemula yang memohon untuk program Infobip Startup Tribe, yang telah pun dibiayai oleh rakan VC dan pemecut, akan menerima kredit dan faedah tambahan melalui program ini.
Program ini diterajui oleh Nikola Pavesic yang telah menyertai Infobip dari Nikkei, salah sebuah syarikat penerbitan media perniagaan terbesar di dunia dan syarikat induk Financial Times.
Maklumat lebih lanjut akan dikongsikan ketika webinar sulung Startup Tribe APAC, acara serantau pertama Infobip bagi Startup Tribe yang akan dilangsungkan pada 15 September 2021.
Sertai webinar ini untuk bertemu Nikola Pavesic, syarikat-syarikat pemula terkemuka di Asia Pasifik dan beberapa penceramah terbaik industri, seperti Vishal Harnal, Pengarah dari 500 Southeast Asia, dan Michael Kim, Ketua Syarikat Pemula di Google untuk APAC secara maya, di mana mereka akan membincangkan cabaran-cabaran yang dihadapi oleh syarikat pemula dalam norma baharu ini.
Syarikat pemula yang berminat untuk menyertai webinar ini boleh mendapat maklumat lebih lanjut dengan melayari https://www.infobip.com/c/wb-bringing-next-gen-customer-engagement-to-startups.
-NIAGATIMES